PM Sepanyol sekali lagi cetus kemarahan Israel

Astro Awani
Disember 1, 2023 00:30 MYT
Anggota tentera rejim Zionis Israel di Semenanjung Gaza ketika gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas diadakan. - Foto REUTERS
MADRID: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez sekali lagi menimbulkan kemarahan Israel pada Khamis.
Beliau menzahirkan pandangan meragui rejim Zionis itu menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan mengulangi tindakan ketenteraan di kawasan itu tidak boleh diterima.
Komen Perdana Menteri itu mendorong kerajaan Israel memanggil duta Sepanyol untuk teguran buat kali kedua dalam tempoh kurang 10 hari.
Kata Sanchez, rakaman yang dilihat dengan bilangan kanak-kanak yang maut semakin meningkat dan beliau mempunyai keraguan tinggi Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Tegasnya, apa yang dilihat di Gaza tidak boleh diterima.
Sanchez juga berkata, negara-negara Eropah harus membincangkan pengiktirafan negara Palestin.
#Pedro Sanchez #Israel #Palestin #Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa