DUNIA
PM Sepanyol umum 9 langkah hentikan genosid di Gaza
Sanchez berkata, walaupun Sepanyol secara de facto telah mengenakan larangan eksport senjata ke Israel sejak 2023, kerajaan kini akan segera menggubal undang-undang bagi larangan "kekal". - Reuters
OVIEDO: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada Isnin mengumumkan sembilan langkah baharu yang bertujuan untuk menghentikan genosid di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Apa yang Israel lakukan bukanlah mempertahankan diri, sebaliknya membunuh penduduk yang tidak berdaya," kata Sanchez dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Beliau berkata walaupun Sepanyol secara de facto telah mengenakan larangan eksport senjata ke Israel sejak 2023, kerajaan kini akan segera menggubal undang-undang bagi larangan "kekal".
Madrid juga akan melarang kapal yang membawa bahan api untuk tentera Israel daripada menggunakan pelabuhan Sepanyol, manakala pesawat yang membawa bahan pertahanan akan dilarang daripada menggunakan ruang udara Sepanyol.
Sanchez menambah bahawa individu yang "terlibat secara langsung dalam genosid, melanggar hak asasi manusia dan jenayah perang di Gaza" akan dilarang memasuki Sepanyol.
Langkah lain termasuk melarang import dari penempatan haram Israel di Tebing Barat dan Gaza yang diduduki, mengehadkan perkhidmatan konsular Sepanyol kepada warganegara Sepanyol yang tinggal di wilayah yang diduduki pada tahap minimum, serta menambah kehadiran Sepanyol di Rafah dengan menghantar lebih ramai anggota tentera dan melaksanakan projek bersama baharu dengan Pihak Berkuasa Palestin bagi membekalkan makanan serta ubat-ubatan
Sepanyol juga akan meningkatkan sumbangannya kepada agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) sebanyak EUR10 juta (US$11.7 juta) dan memperuntukkan EUR150 juta bantuan kemanusiaan tambahan untuk Gaza pada 2026.
"Kami tahu langkah-langkah ini tidak akan mencukupi untuk menamatkan jenayah perang, tetapi kami berharap ia dapat memberi tekanan kepada Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan meringankan penderitaan rakyat Palestin," kata Sanchez.
"Sepanyol sahaja tidak boleh menghentikan perang ini, tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh mencuba," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini