DUNIA
PM Takaichi rancang percepat pengukuhan pertahanan Jepun
Takaichi bercakap pada sidang media di pejabat perdana menteri di Tokyo, Jepun, 21 Okt 2025. - Gambar fail/REUTERS
TOKYO: Perdana Menteri Jepun yang baru dipilih, Sanae Takaichi berhasrat mempercepat pembinaan keupayaan ketenteraan negaranya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Dalam ucapan pertamanya di Parlimen sebagai ketua kerajaan pada Jumaat, Takaichi mengumumkan rancangan untuk meningkatkan belanjawan pertahanan kepada dua peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menjelang Mac.
Langkah itu akan membolehkan sasaran berkenaan dicapai dua tahun lebih awal daripada yang dirancang sebelum ini.
Beliau menyifatkan pakatan keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS), sebagai "batu asas" dasar luar dan dasar keselamatannya. Presiden AS Donald Trump dijangka melawat Tokyo minggu depan.
Takaichi menegaskan bahawa kerajaannya akan mengukuhkan dialog diplomatik dengan negara serantau utama seperti Korea Selatan, Filipina, Australia dan India serta berusaha membina Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka sebagai tindak balas terhadap pengaruh dan cita-cita kuasa China yang semakin meningkat di rantau ini.
Beliau menyifatkan China sebagai "jiran penting" dengan Jepun mahu mengekalkan hubungan "konstruktif dan stabil" serta menggalakkan perkongsian "strategik dan saling menguntungkan."
Takaichi dianggap sebagai anak didik bekas perdana menteri Shinzo Abe, yang dibunuh pada 2022 dan berkongsi pandangan nasionalis serta reformis beliau.
Walaupun Jepun menanggung hutang negara yang besar - lebih dua kali ganda daripada KDNK - Takaichi turut mengumumkan dasar fiskal agresif bagi merangsang ekonomi.
Perdana Menteri memberitahu Parlimen bahawa menangani peningkatan kos sara hidup di Jepun adalah "keutamaan utama" beliau.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Jepun Sanae Takaichi berhasrat meningkatkan belanjawan pertahanan kepada 2% KDNK menjelang Mac, dua tahun lebih awal daripada rancangan asal.
- Jepun akan mengukuhkan pakatan keselamatan dengan AS serta mempererat hubungan diplomatik dengan negara serantau bagi membina Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka.
- Takaichi turut mengumumkan dasar fiskal agresif untuk merangsang ekonomi dan menjadikan pengawalan kos sara hidup sebagai keutamaan utama.