[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
DUNIA

"PM Thai kata dakwaan campur tangan tidak berasas" - Anwar

Hafiz Marzukhi 25/11/2025 | 09:13 MYT
Anwar berkata perkara itu disampaikan kepadanya dalam satu panggilan telefon bersama Anutin semalam. - Gambar/ Bernama
NAIROBI: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul menyifatkan dakwaan serta tohmahan beberapa kumpulan di negara tersebut bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah campur tangan dalam urusan dalaman negara itu sebagai tidak berasas dan tidak adil.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Thailand menolak dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar campur tangan dalam urusan dalaman negara tersebut sebagai tidak berasas dan tidak adil.
  • Anwar menjelaskan bahawa Perdana Menteri Thailand menegaskan dakwaan tersebut tidak benar dalam panggilan telefon semalam.
  • Anwar menolak dakwaan campur tangan dalam penyelesaian pertikaian sempadan antara Thailand dan Kemboja serta menegaskan peranan Malaysia dalam proses perdamaian.


Perdana Menteri berkata perkara itu disampaikan kepadanya dalam satu panggilan telefon bersama Anutin semalam.

“Beliau telah menghubungi saya pada waktu pagi untuk meyakinkan bahawa apa yang didakwa itu adalah tidak benar.

“Anutin telah beritahu saya bahawa mereka tahu peranan saya dalam proses (perdamaian antara Thailand dan Kemboja),” kata Anwar.

Anwar berkata demikian ketika bercakap kepada para wartawan sebelum penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada penghujung lawatan tiga negara beliau di Afrika.

Pada Ahad, Anwar telah menolak dakwaan oleh kumpulan-kumpulan di Thailand yang menuduh beliau campur tangan dalam urusan negara itu dengan cuba menyelesaikan pertikaian sempadan dengan Kemboja.

Beliau berkata dakwaan itu sama sekali tidak berasas dan mereka yang mengecamnya harus memahami peranan Malaysia dalam membantu menyelesaikan pertikaian antara kedua-dua negara.


#Anwar Ibrahim #ASEAN25 #PM thailand #Anutin Charnvirakul