awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Thai Srettha muktamad barisan Kabinet

Bernama
Bernama
28/08/2023
13:17 MYT
PM Thai Srettha muktamad barisan Kabinet
Kerajaan baharu Thailand mula dibentuk dengan Perdana Menteri Srettha Thavisin memuktamadkan barisan Kabinetnya. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Kerajaan baharu Thailand mula dibentuk dengan Perdana Menteri Srettha Thavisin memuktamadkan barisan Kabinetnya.
Senarai menteri dan portfolio mereka akan diserahkan kepada sekretariat Kabinet untuk tapisan.
"Ia kemudiannya dikemukakan untuk pengesahan diraja," katanya.
Media tempatan melaporkan bekas taikun hartanah itu dijangka mengambil peranan tambahan sebagai menteri kewangan dalam Kabinetnya.
Parti Pheu Thai, yang mengetuai gabungan 11 parti itu, berkemungkinan mengekalkan kementerian utama seperti pengangkutan, perdagangan, kesihatan awam dan hal ehwal luar.
Parti Bhumjaithai dijangka mengekalkan portfolio kementerian dalam negeri, pendidikan, buruh dan pendidikan tinggi, penyelidikan sains dan inovasi.
Sementara itu, Parti Palang Pracharath yang pro-tentera, akan mengekalkan portfolio kementerian sumber asli dan alam sekitar, pertanian dan koperasi. Parti United Thai Nation (UTN), yang menyokong bekas Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha, akan mengekalkan kementerian tenaga dan industri.
Srettha berkata kerajaan baharu akan mengumumkan dasarnya di parlimen sebelum pertengahan September selepas menteri kabinet menerima pengesahan diraja.
Ketika ditanya sama ada beliau akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang dijadual hujung September ini, Srettha berkata sebagai perdana menteri baharu beliau akan melawat rakan sejawatnya di ASEAN terlebih dahulu.
"UNGA adalah peluang untuk bertemu dengan pemimpin dunia," katanya.
Srettha yang berusia 61 tahun telah dipilih dan disahkan sebagai perdana menteri ke-30 Thailand minggu lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PM thailand
#kerajaan baharu Thailand
#Srettha Thavisin
#muktamad barisan kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan