DUNIA
PM Thailand Anutin berjanji ambil tindakan segera tangani isu mendesak
Anutin berkata kebajikan sosial dan alam sekitar turut menjadi antara keutamaan mendesak kerajaan. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul pada Isnin menyampaikan kenyataan dasar kerajaannya di Parlimen, dengan berjanji melaksanakan tindakan segera terhadap lima isu mendesak, termasuk pertumbuhan ekonomi, keselamatan, pentadbiran awam dan reformasi undang-undang, sambil mengemudi negara ke arah pembangunan mampan.
Ringkasan AI
Beliau berkata kebajikan sosial dan alam sekitar turut menjadi antara keutamaan mendesak kerajaan.
Mengenai pertikaian sempadan Thailand-Kemboja, Anutin berikrar mencari penyelesaian secara aman, melaksanakan dasar luar proaktif selaras dengan perubahan global, serta memperkukuh kedudukan dan kredibiliti antarabangsa Thailand.
Beliau juga berjanji menangani cabaran di wilayah sempadan selatan di samping usaha merancakkan pembangunan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup jangka panjang masyarakat tempatan.
"Thailand sedang berdepan ketidaktentuan yang meluas. Kerajaan mesti bertindak segera untuk menyelesaikan masalah mendesak sambil meletakkan asas bagi pertumbuhan mampan, meningkatkan daya saing dan memastikan keselamatan negara - walaupun sebagai kerajaan minoriti dan beroperasi dengan belanjawan yang tidak disediakan oleh pentadbiran ini," katanya di Parlimen pada Isnin.
Beliau menambah bahawa pentadbirannya berpandukan tiga prinsip teras: menjunjung institusi Negara, Agama dan Raja; mengekalkan komitmen terhadap demokrasi dengan Raja sebagai Ketua Negara; serta berpegang kepada kedaulatan undang-undang dan tadbir urus baik demi manfaat rakyat.
Anutin turut berikrar menyokong referendum kebangsaan dan pindaan perlembagaan bagi memastikan suara rakyat didengari serta menggalakkan penyertaan daripada semua sektor.
Namun, Anutin yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa pentadbirannya akan melaksanakan dasar-dasar selaras dengan pematuhan perlembagaan, arahan dasar negara dan strategi kebangsaan, sambil mengekalkan disiplin fiskal, ketelusan dan kecekapan.
Beliau berkata kerajaan akan menggunakan pembiayaan dalam dan luar belanjawan dengan pengawasan ketat bagi memastikan kecekapan, sambil menggalakkan penyertaan sektor swasta yang lebih besar dalam pelaburan infrastruktur untuk meringankan beban hutang awam.
"Kerajaan akan melakukan segala yang mungkin untuk mentadbir dengan berkesan, menyelesaikan masalah mendesak negara, dan membina asas kukuh untuk pembangunan mampan dalam semua bidang - demi kesejahteraan rakyat Thailand," kata Anutin.
Pada 5 Sept, Anutin, 59, dipilih sebagai Perdana Menteri ke-32 Thailand selepas memperoleh majoriti di Parlimen.
Rabu lepas, beliau mengetuai barisan Kabinetnya yang terdiri daripada 36 anggota mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan, Istana Dusit.
Ketua Parti Bhumjaithai itu sebelum ini berjanji membubarkan dewan rendah parlimen dalam tempoh empat bulan di bawah perjanjian dengan parti pembangkang People's Party, yang menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri tanpa menyertai gabungan parti membentuk kerajaan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- PM Thailand Anutin berjanji tangani lima isu utama termasuk ekonomi, keselamatan, reformasi undang-undang, kebajikan sosial dan alam sekitar.
- Beliau komited selesaikan pertikaian sempadan, pembangunan selatan Thailand, serta sokong pindaan perlembagaan dan referendum kebangsaan.
- Kerajaan akan laksana dasar berasaskan tadbir urus baik, kawalan fiskal ketat dan galak pelaburan swasta untuk pembangunan mampan.
Beliau berkata kebajikan sosial dan alam sekitar turut menjadi antara keutamaan mendesak kerajaan.
Mengenai pertikaian sempadan Thailand-Kemboja, Anutin berikrar mencari penyelesaian secara aman, melaksanakan dasar luar proaktif selaras dengan perubahan global, serta memperkukuh kedudukan dan kredibiliti antarabangsa Thailand.
Beliau juga berjanji menangani cabaran di wilayah sempadan selatan di samping usaha merancakkan pembangunan ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup jangka panjang masyarakat tempatan.
"Thailand sedang berdepan ketidaktentuan yang meluas. Kerajaan mesti bertindak segera untuk menyelesaikan masalah mendesak sambil meletakkan asas bagi pertumbuhan mampan, meningkatkan daya saing dan memastikan keselamatan negara - walaupun sebagai kerajaan minoriti dan beroperasi dengan belanjawan yang tidak disediakan oleh pentadbiran ini," katanya di Parlimen pada Isnin.
Beliau menambah bahawa pentadbirannya berpandukan tiga prinsip teras: menjunjung institusi Negara, Agama dan Raja; mengekalkan komitmen terhadap demokrasi dengan Raja sebagai Ketua Negara; serta berpegang kepada kedaulatan undang-undang dan tadbir urus baik demi manfaat rakyat.
Anutin turut berikrar menyokong referendum kebangsaan dan pindaan perlembagaan bagi memastikan suara rakyat didengari serta menggalakkan penyertaan daripada semua sektor.
Namun, Anutin yang juga Menteri Dalam Negeri menegaskan bahawa pentadbirannya akan melaksanakan dasar-dasar selaras dengan pematuhan perlembagaan, arahan dasar negara dan strategi kebangsaan, sambil mengekalkan disiplin fiskal, ketelusan dan kecekapan.
Beliau berkata kerajaan akan menggunakan pembiayaan dalam dan luar belanjawan dengan pengawasan ketat bagi memastikan kecekapan, sambil menggalakkan penyertaan sektor swasta yang lebih besar dalam pelaburan infrastruktur untuk meringankan beban hutang awam.
"Kerajaan akan melakukan segala yang mungkin untuk mentadbir dengan berkesan, menyelesaikan masalah mendesak negara, dan membina asas kukuh untuk pembangunan mampan dalam semua bidang - demi kesejahteraan rakyat Thailand," kata Anutin.
Pada 5 Sept, Anutin, 59, dipilih sebagai Perdana Menteri ke-32 Thailand selepas memperoleh majoriti di Parlimen.
Rabu lepas, beliau mengetuai barisan Kabinetnya yang terdiri daripada 36 anggota mengangkat sumpah taat setia di hadapan Raja Maha Vajiralongkorn di Dewan Kediaman Amphorn Sathan, Istana Dusit.
Ketua Parti Bhumjaithai itu sebelum ini berjanji membubarkan dewan rendah parlimen dalam tempoh empat bulan di bawah perjanjian dengan parti pembangkang People's Party, yang menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri tanpa menyertai gabungan parti membentuk kerajaan.
-- BERNAMA

#Perdana Menteri Thailand
#Anutin Charnvirakul
#tindakan segera isu mendesak
#sempadan Thailand-Kemboja