BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha dan lima menteri Kabinet terselamat daripada undi tidak percaya di Parlimen hari ini.
Prayuth, yang juga Menteri Pertahanan, terselamat selepas menerima sokongan daripada pihak gabungan kerajaan dengan memperoleh 264 undi menyokong manakala 208 lagi membantah.
Ini adalah undi tidak percaya kali ketiga dibuat terhadap pemerintahan Prayuth. Prayuth berkuasa menerusi rampasan kuasa tentera pada 2014 dan dilantik sebagai perdana menteri selepas pilihan raya 2019.
Menteri kabinet lain yang terlibat, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul; Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob; Menteri Pertanian Chalermchai Sri-on, Menteri Buruh Suchart Chomklin dan Menteri Ekonomi Digital dan Sosial, Chaiwat Thanakamanusorn.
Pembangkang memerlukan 242 daripada 482 undi untuk menyingkirkan perdana menteri.
Parti-parti pembangkang Thailand pada Isnin memulakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dan lima menteri kabinet selama empat hari, kerana mendakwa kerajaan gagal membendung wabak serta kerugian ekonomi dialami ekoran kelemahan pengurusan serta kempen vaksinasi kebangsaan yang perlahan .
Dalam perkembangan lain, sejak 24 jam lalu, Thailand melaporkan 15,942 kes baharu COVID-19 dan 257 kematian, menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 1,265,082 dan 12,631 korban sehingga kini.
Thailand turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi 2021 kepada 0.7-1.2 peratus berbanding 1.5-2.5 peratus jangkaan unjuran yang dibuat pada Mei.
Sementara itu, kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan merancang untuk mengadakan lebih banyak demonstrasi untuk terus mendesak Prayuth agar berundur.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 04 2021
Prayuth, yang juga Menteri Pertahanan, terselamat selepas menerima sokongan daripada pihak gabungan kerajaan. - Gambar fail/Reuters
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Bekas PM Thailand Prayuth dilantik ahli Majlis Privy
Bekas perdana menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dilantik sebagai ahli Majlis Privy, sebuah badan penasihat kepada monarki yang berprestij.
PM Anwar gesa ASEAN laksana usaha koheren, bersepadu tangani isu Rohingya
Anwar berkata beliau telah berbincang mengenai isu Myanmar dengan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha dalam pertemuan mereka hari ini.
Lawatan rasmi ke Thailand: Sambutan permaidani merah untuk Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Thailand diberikan sambutan permaidani merah.
Lawatan PM Anwar ke Thailand esok pererat kerjasama pelbagai bidang
Lawatan Anwar ke Thailand adalah atas undangan rakan sejawatannya, Prayuth Chan o-cha.
Prayuth mahu berkhidmat sepenggal lagi, bertanding di bawah parti baharu
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha mahu berkhidmat sepenggal lagi di bawah parti baharu bagi meneruskan tugas yang belum selesai untuk memperbaik negara.
PM Thailand sertai parti baharu untuk bertanding pilihan raya akan datang
Prayuth Chan o-cha mengumumkan telah menyertai Parti Ruam Thai Sang Chart untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang dijadual sebelum Mei tahun depan.
PM Thailand lantik tiga menteri Kabinet baharu
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha hari ini melantik tiga anggota kabinet baharu termasuk bekas jurucakap kerajaan, Thanakorn Wangboonkongchana.
Thailand mulakan perbincangan semula mengenai FTAAP
Thailand mencadangkan pelan kerja empat tahun FTAAP yang menggabungkan isu kepentingan bersama dalam kalangan ekonomi anggota APEC.
Kawalan lebih ketat ke atas senjata api, dadah - Prayuth
Antara lain, pemegang lesen senjata api perlu dapatkan rujukan tingkah laku daripada majikan, pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat.
Mahkamah Thai putuskan khidmat Prayuth sebagai PM tidak melebihi tempoh lapan tahun
Mahkamah Perlembagaan Thailand hari ini memutuskan tempoh khidmat Prayuth Chan o-cha sebagai perdana menteri tidak melebihi had lapan tahun yang ditetapkan perlembagaan negara.