DUNIA
PM UK, Emir Qatar bincang serangan Israel di Doha
Starmer mengulangi kecamannya terhadap serangan itu dan menyampaikan takziah atas kematian seorang pegawai keselamatan Qatar dalam kejadian tersebut.
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer dan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani membincangkan serangan Israel di Doha yang menyasarkan pemimpin kanan kumpulan Palestin Hamas dalam panggilan telefon pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Starmer mengulangi kecamannya terhadap serangan itu dan menyampaikan takziah atas kematian seorang pegawai keselamatan Qatar dalam kejadian tersebut, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.
Beliau menegaskan bahawa "tindakan Israel merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap kedaulatan Qatar dan berisiko mencetuskan peningkatan konflik ketika tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha menamatkan kitaran keganasan yang memusnahkan di rantau itu."
Memuji peranan Qatar dalam usaha mencapai gencatan senjata antara Israel dan Hamas, Starmer berkata beliau mengalu-alukan tekad Emir Qatar untuk meneruskan rundingan damai dan menambah bahawa Britain "bersedia melakukan segala yang mungkin" bagi menyokong usaha itu.
Qatar mengecam keras serangan itu sebagai "pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa" serta ancaman terhadap kedaulatan dan keselamatannya.
Negara Teluk itu, bersama Mesir dan Amerika Syarikat (AS), mengetuai usaha pengantaraan antara Israel dan Hamas.
Kepimpinan Hamas terselamat daripada serangan udara Israel, menurut seorang pemimpin kanan kumpulan itu pada Selasa.
Suhail al-Hindi, anggota biro politik Hamas, memberitahu televisyen Al Jazeera bahawa kepimpinan kumpulan itu terselamat daripada "cubaan pembunuhan pengecut."
Beliau berkata Hammam al-Hayya, anak kepada pemimpin Hamas Khalil al-Hayya, serta pengarah pejabatnya, Jihad Lubad, terbunuh dalam serangan itu bersama beberapa pembantu lain.
Menurut al-Hindi, serangan itu berlaku ketika pasukan perunding Hamas bermesyuarat membincangkan cadangan gencatan senjata Gaza yang dikemukakan AS.
Beliau menambah bahawa pemimpin Hamas Khalil al-Hayya dan Zaher Jabarin antara yang terselamat tanpa cedera.
Al-Hindi menegaskan bahawa Hamas menganggap Israel dan AS bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Israel telah membunuh lebih 64,600 penduduk Palestin dalam serangan ketenteraan kejam di Gaza selepas serangan rentas sempadan Hamas ke atas Israel pada 7 Okt 2023. Kempen ketenteraan itu telah memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.
Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung perang di wilayah itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini