LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di kediaman rasminya semasa perintah sekatan COVID-19.
Johnson sebelum ini menafikan dakwaan bekas penasihatnya bahawa beliau telah menipu Parlimen berhubung majlis berkenaan, lapor The Daily Telegraph dan ITV News.
Memetik laporan itu, jumlah ahli partinya sendiri yang diperlukan untuk mencetuskan undi tidak percaya itu mungkin tercapai pada Rabu.
Sebanyak 20 ahli Parti Konservatif yang berjaya memenangi kerusi dalam pilihan raya umum pada 2019 bercadang untuk mengemukakan surat undi tidak percaya mereka terhadap Johnson, memetik laporan Telegraph.
Dua tahun lalu, Johnson memenangi majoriti terbesar untuk Parti Konservatif sejak Margaret Thatcher pada 1987, yang membolehkan beliau akhirnya membawa keluar Britain daripada Kesatuan Eropah (EU).
Namun, popularitinya semakin merudum sejak kebelakangan ini terutamanya selepas pendedahan berlaku pelanggaran sekatan COVID-19 di Downing Street.
Bagi membolehkan pertukaran jawatan nombor satu itu, 54 daripada 350 Ahli Parlimen daripada Parti Konservatif harus mengemukakan undi tidak percaya kepada pengerusi jawatankuasa parti.
Setiap undi adalah rahsia dan hanya pengerusi mengetahui berapa ramai Ahli Parlimen yang mengemukakan surat tersebut.
Media tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 11 perhimpunan telah diadakan di kediaman rasmi Johnson di 10 Downing Street serta di beberapa jabatan kerajaan lain di antara Mei 2020 dan April 2021 ketika sekatan COVID-19 yang mengehadkan jumlah individu yang dibenarkan berhimpun.
Skandal tersebut menyebabkan populariti Johnson serta Parti Konservatif jatuh sejak kebelakangan ini.
Astro Awani
Wed Jan 19 2022

Boris Johnson mungkin berdepan undi tidak percaya susulan pendedahan beberapa majlis keramaian yang diadakan di kediaman rasminya semasa perintah sekatan COVID-19. -Gambar fail/Reuters

Kucing selebriti dengan lebih 30,000 pengikut mati diracun
Yogi dipercayai diracun dengan racun tikus oleh individu tidak bertanggungjawab.
![AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967224/thumbnails/23621876161652701216313_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [16/05/2022] - Tragedi Hari Wesak | Elaun sara hidup nelayan | Demi ilmu anak pedalaman
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar: 1. Dua beradik lemas ketika mandi di Sungai Rayu, Matang 2. LKIM salur RM2.3 juta bagi bantu nelayan di Beluran 3. Laporan khas Hari Guru, kisah pengorbanan guru pedalaman #AWANInews #MalaysiaBangkit Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Malaysia mohon 5,000 tambahan kuota haji - Idris
Malaysia memohon sebanyak 5,000 tambahan kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad.

Kemuncak Lebaran | Dentuman meriam gergasi karbit halau pontianak
Di Kampung Melayu, Kota Pontianak, sambutan lebaran di sana mencapai kemuncak pada hari ketujuh dengan acara tembakan meriam gergasi karbit dan acara hiburan Halal Bihalal.

Komoditi | Produk lada Sarawak tembusi pasaran Kanada
Peluang memasarkan produk komoditi dari Sarawak ke pasaran antarabangsa tidak disia-siakan pengasas produk Lada Hitam Nang Ori. Menerusi pameran Halal Expo 2022 di Toronto, Kanada baru-baru ini. Awaeng Kwasin bijak menggunakan platform berkenaan bagi mempromosikan produk ladanya sebagai langkah pertama menembusi pasaran di sana.

Hari Guru 2022 | ISKUL pastikan anak tanpa negara terima pendidikan
Kanak-kanak tanpa warganegara atau 'stateless' memerlukan akses pendidikan yang sewajarnya. Tidak mahu golongan ini terus tercicir, Yayasan Hasanah sebuah Yayasan Khazanah Nasional menganjurkan Program Pendidikan Alternatif Iskul Sama Dilaut (ISKUL) di Pulau Omadal, Semporna.

Sukan SEA: Rachel tuai emas kedua peribadi di Hanoi
Gimnas artistik wanita negara Rachel Yeoh Li Wen, terus menampilkan aksi terpuji apabila meraih emas kedua peribadi pada Sukan SEA ke-31 di Pusat Gimnasium Quan Ngua hari ini.

Elaun Sara Hidup | LKIM salur RM2.3 juta untuk bantu nelayan Beluran
RM2.3 juta dana bagi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) disalurkan bagi membantu nelayan di Beluran. Jelas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Yusuf Othman, elaun RM300 akan disalurkan secara bulanan kepada 716 nelayan di daerah berkenaan.

Lemas | Dua beradik hilang ketika mandi sungai
Aktiviti riadah 14 sekeluarga bertukar tragedi apabila dua beradik dikhuatiri lemas ketika sedang beriadah di Sungai Rayu, Matang, pada Isnin. Insiden berlaku sekitar jam 3 petang, ketika orang ramai sedang beriadah sempena cuti Wesak.

PRU15: Hasrat Wan Ahmad Fayhsal bertanding Parlimen Bagan Serai bersifat peribadi
Pengumuman hasrat untuk bertanding di mana-mana tempat merupakan perkara biasa setiap kali menjelang PRU.

UK akan tambah bantuan ketenteraan ke Ukraine - Boris Johnson
Johnson berkata, akan menghantar lebih banyak kenderaan berperisai, dron dan senjata anti kereta kebal ke Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine: Moscow larang kemasukan Boris Johnson, pegawai tertinggi UK
Ia sebagai tindak balas terhadap maklumat dan kempen politik London yang tidak terkawal dalam mengasingkan Rusia di peringkat antarabangsa.

Parti di Downing Street, PM UK mohon maaf tapi enggan letak jawatan
Johnson menafikan sebarang salah laku serta mendakwa beliau tidak menyedari telah melanggar peraturan kerajaan.

Hadir parti di Downing Street, Boris Johnson terima notis saman
Johnson dan Canselor, Rishi Sunak antara individu yang termasuk dalam 50 senarai penerima saman pelanggaran SOP perintah sekatan tahun lalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 Mac 2022.

Krisis Ukraine: Britain umum sekatan terhadap Rusia
Britain akan mengenakan sekatan terhadap lima bank Rusia dan tiga individu.

PM Britain nafi undang-undang COVID-19 tidak berasas
Johnson tetap dengan pendirian bahawa itu adalah perancangan parti pembangkang bagi menjatuhkannya.

London pertimbang tempatkan tentera udara, tentera laut lindungi tenggara Eropah
UK sedang mempertimbang untuk menempatkan jet pejuang Typhoon dan kapal perang Tentera Laut Diraja untuk melindungi tenggara Eropah dan mengukuhkan pasukan tempur British di Estonia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Empat pembantu kanan Boris Johnson letak jawatan
Tekanan semakin meningkat terhadap kepimpinan Johnson, dari pemimpin partinya sendiri.