Pogba dan isteri berpakaian serba putih sempena Aidiladha

Agensi
Julai 21, 2021 21:04 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram pemain kelahiran Perancis itu, isterinya Maria Zulay Salaues (kiri) mencuri perhatian peminat selepas kelihatan ayu bertudung. - IG @paulpogba
MIAMI: “Masya-Allah!”
itu antara reaksi peminat sebaik melihat gambar bintang Manchester United, Paul Pogba bersama isterinya yang berpakaian serba putih sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menerusi perkongsian di Instagram pemain kelahiran Perancis itu, isterinya Maria Zulay Salaues mencuri perhatian peminat selepas kelihatan ayu bertudung.
Pogba, 28, sering memuat naik foto bersama isterinya setiap kali perayaan Aidiladha.
Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Pogba dan isteri bergambar sambil mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidiladha' buat umat Islam yang menyambutnya.
Entri tersebut setakat ini sudah mencapai 2.2 juta ‘likes’ dan komen daripada peminat mencecah 16,000 sejak ia dimuat naik pada Selasa.
Pasangan Pogba-Zulay telah dikurniakan dua cahaya mata, namun mereka tidak pernah mendedahkan wajah anak di platform media sosial.
#Aidiladha #Manchester United #Paul Pogba #Maria Zulay Salaues #hari raya #serba putih #media sosial