DUNIA
Poland gesa Google hapus iklan Israel nafi kebuluran di Gaza
Poland menggesa Google supaya menghapuskan iklan Israel di YouTube yang menafikan kewujudan kebuluran di Semenanjung Gaza. - Gambar hiasan
ISTANBUL: Poland menggesa Google supaya menghapuskan iklan Israel di YouTube yang menafikan kewujudan kebuluran di Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi memetik siaran TVP World.
NASK, sebuah institusi Poland yang memantau maklumat palsu dalam talian, telah menyerahkan laporan kepada Google atas permintaan Kementerian Luar untuk meminta penghapusan iklan tajaan Israel itu daripada YouTube.
"Pakar NASK menekankan terdapat kandungan dimanipulasi atau palsu dalam iklan Google dan video di saluran YouTube, yang menurut garis panduan komuniti platform itu, sepatutnya membawa kepada penarikan kandungan berkenaan," kata badan pemantau itu.
Sejak awal Ogos, Kementerian Luar Israel dan kedutaannya di Warsaw dilaporkan mengedarkan kandungan dalam talian, termasuk lapan video di saluran YouTube kedutaan yang menolak kewujudan kebuluran di Gaza.
Sejak 2 Mac, pihak berkuasa Israel telah menutup sepenuhnya semua lintasan sempadan Gaza, sekali gus menjerumuskan 2.4 juta penduduk wilayah itu ke dalam kebuluran.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac dan sejak itu telah membunuh 12,321 orang serta mencederakan 52,569 yang lain, sekali gus memungkiri gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan yang berkuat kuasa pada Januari.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini