DUNIA
Poland pilih presiden baharu dalam pusingan penentuan
Seramai 29 juta pengundi di Poland keluar mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu dalam saingan sengit pusingan penentu antara Datuk Bandar Warsaw berhaluan liberal, Rafal Trzaskowski (kiri) dan calon konservatif, Karol Nawrocki. - Foto AP
WARSAW: Seramai 29 juta pengundi di Poland keluar mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu dalam saingan sengit pusingan penentu antara Datuk Bandar Warsaw berhaluan liberal, Rafal Trzaskowski dan calon konservatif, Karol Nawrocki, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
Pusat-pusat pengundian akan dibuka sehingga 9 malam (1900 GMT), dan keputusan rasmi mengenai pengganti Presiden Andrzej Duda dijangka hanya diumumkan pada Isnin, menjadikan tinjauan pendapat sebagai satu-satunya petunjuk awal setakat ini.
Namun, jurang margin kesilapan dalam tinjauan tersebut lebih besar daripada perbezaan tipis antara kedua-dua calon menjelang hari pengundian, susulan pusingan pertama yang berlangsung pada 18 Mei lalu.
Satu tinjauan yang dijalankan untuk portal Onet menunjukkan Trzaskowski mendahului dengan 50.1 peratus, berbanding Nawrocki yang memperoleh 49.9 peratus.
Sementara itu, tinjauan lain oleh laman Wirtualna Polska pula menunjukkan Nawrocki mendahului dengan 50.63 peratus berbanding 49.37 peratus untuk Trzaskowski.
Sebagai negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), keputusan pilihan raya ini amat penting bagi menentukan hala tuju politik dan dasar Poland, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa.
Di Poland, presiden dipilih untuk tempoh lima tahun dan mempunyai kuasa yang luas, termasuk mewakili negara di peringkat antarabangsa, merangka dasar luar, melantik perdana menteri dan Kabinet, serta menjadi ketua angkatan tentera sekiranya berlaku peperangan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seramai 29 juta pengundi di Poland mengundi bagi memilih presiden baharu antara calon liberal Rafal Trzaskowski dan calon konservatif Karol Nawrocki.
- Keputusan rasmi dijangka diumumkan pada Isnin, dengan tinjauan menunjukkan persaingan sangat sengit antara kedua-dua calon.
- Pilihan raya ini penting kerana presiden Poland memegang kuasa besar termasuk dalam dasar luar dan keselamatan negara.