Poland pula akan perkenal undang-undang sekat individu bawah 16 tahun layari media sosial

Cadangan Poland itu sejajar dengan langkah di beberapa negara Eropah lain susulan keputusan Australia untuk menyekat akses media sosial bagi mereka yang berumur bawah 16 tahun. - Gambar hiasan
WARSAW: Kementerian Hal Ehwal Digital Poland mendedahkan pada Isnin rancangannya untuk memperkenal beberapa langkah pada tahun ini bagi menyekat kanak-kanak daripada menggunakan media sosial dengan mewajibkan platform mengesahkan umur pengguna ketika akaun dicipta, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
- Kementerian Hal Ehwal Digital Poland merancang langkah untuk menyekat kanak-kanak menggunakan media sosial dengan mewajibkan platform mengesahkan umur pengguna ketika akaun dicipta.
- Cadangan Poland sejajar dengan tindakan beberapa negara Eropah lain seperti Perancis dan Denmark yang merancang sekatan bagi golongan bawah 16 tahun.
- Parlimen Eropah menyokong laporan untuk menetapkan umur minimum 16 tahun di seluruh EU bagi akses media sosial, sambil memberi perlindungan lebih kukuh kepada golongan bawah umur.
Beliau berkata Poland sedang berkerjasama dengan negara anggota lain yang sedang menguji sistem serupa dan Suruhanjaya Eropah juga sedang mengusahakan pendekatan pengesahan umur yang diselaraskan di seluruh blok 27 negara anggota.
Cadangan Poland itu sejajar dengan langkah di beberapa negara Eropah lain susulan keputusan Australia untuk menyekat akses media sosial bagi mereka yang berumur bawah 16 tahun.
Perancis sedang menyediakan perundangan yang akan melarang media sosial untuk individu berusia bawah 15 tahun bermula tahun persekolahan 2026, manakala Denmark juga mengumumkan rancangan untuk mengenakan sekatan terhadap golongan bawah 15 tahun.
Pada November, Parlimen Eropah menyokong satu laporan yang menyeru penetapan umur minimum 16 tahun di seluruh EU untuk akses media sosial, sambil membenarkan mereka berumur 13 hingga 15 tahun menggunakan platform dengan kebenaran ibu bapa, di samping perlindungan yang lebih kukuh untuk golongan bawah umur.
Pada akhir Disember, Poland menggesa Suruhanjaya Eropah agar menyiasat TikTok berhubung kandungan janaan kecerdasan buatan (AI) yang menurut pegawai Poland kelihatan mempromosi naratif anti-Kesatuan Eropah.
Standerski berkata kerajaan menjangkakan akan mempunyai peralatan teknikal yang diperlukan menjelang 2026 dan percaya keadaan itu menjadikan tahun ini "masa yang sesuai" untuk memperkenalkan peraturan berkenaan.
--BERNAMA-ANADOLU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


