awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru banduan berbahaya lolos penjara AS

Bernama
Bernama
09/09/2023
03:38 MYT
Polis buru banduan berbahaya lolos penjara AS
Cavalcante dianggap sangat berbahaya dan melarikan diri dari Penjara Chester County pada 31 Ogos.- Gambar hiasan/Unsplash
WASHINGTON: Perburuan terhadap Danelo Cavalcante, seorang pembunuh yang telah disabitkan kesalahan dan melarikan diri dari penjara di Pennsylvania, kini memasuki hari kesembilan ketika pihak berkuasa terus berusaha mengesannya.
Pegawai penjara Chester County mendedahkan rakaman video awal minggu ini yang menunjukkan Cavalcante melarikan diri dari penjara di Chester County dengan berpaut di celah tembok sempit hanya menggunakan tangan dan kakinya, lapor Agensi Anadolu.
CNN melaporkan bahawa seorang pegawai yang bertugas pada masa kejadian telah dipecat pada Khamis. Dia merupakan seorang veteran penjara selama 18 tahun.
Cavalcante, 34, dianggap sangat berbahaya dan melarikan diri dari Penjara Chester County pada 31 Ogos.
Sementara itu, terdapat banyak laporan mengenai kelibat Cavalcante, dengan lapan atau sembilan laporan yang dipercayai pihak polis.
Cavalcante dihukum penjara dan disabitkan kesalahan membunuh bekas kekasihnya, Deborah Brandao, 33, di Chester County pada 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banduan lolos
#penjara Amerika Syarikat
#Pennsylvania
#penjara Chester County
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan