awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich

Bernama
Bernama
16/02/2025
23:30 MYT
Polis campur tangan protes serangan rempuhan kereta Munich
Polis menahan penunjuk perasaan yang terlibat dalam demonstrasi di Königsplatz, lokasi kejadian serangan rempuhan kereta pada 13 Feb lalu, di Munich, Jerman, 16 Feb 2025. (Foto AP)
MUNICH: Polis campur tangan dalam satu tunjuk perasaan balas oleh kumpulan sayap kanan yang memberi penghormatan kepada mangsa berhampiran lokasi serangan maut rempuhan kereta di bandar Munich, selatan Jerman pada Ahad, lapor agensi berita Jerman dpa.
Rakaman menunjukkan pegawai menggunakan kekerasan terhadap beberapa individu.
Kejadian itu disahkan oleh saksi tetapi polis pada mulanya tidak dapat menyatakan sama ada tangkapan telah dibuat.
AfD yang berhaluan kanan dan antipendatang telah berjaga-jaga di dataran Konigsplatz di tengah bandar, dihadiri kira-kira 70 orang, menurut anggaran polis.
Polis campur tangan ketika kira-kira 600 penunjuk perasaan mengadakan bantahan balas, menentang eksploitasi serangan Khamis untuk tujuan politik.
Kira-kira 40 daripada kumpulan ini membentuk rantai manusia untuk menghalang penyokong AfD daripada meletakkan bunga di tapak serangan di Seidlstrasse berdekatan, menurut polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penunjuk perasaan
#Jerman
#rempuhan kereta
#Munich
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan