awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
[KOLUMNIS] Mesyuarat tergempar UNSC mengenai AS-Venezuela: Kemungkinan yang boleh diduga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Cologne Jerman tembak remaja yang mengancam orang ramai dengan pisau

Bernama
Bernama
01/11/2023
11:32 MYT
Polis Cologne Jerman tembak remaja yang mengancam orang ramai dengan pisau
Orang ramai menghubungi nombor kecemasan untuk melaporkan perbuatan remaja itu yang mengejar orang ramai di jalan sambil menghunus pisau. - Gambar hiasan
COLOGNE: Polis Cologne menembak seorang remaja berusia 16 tahun yang menurut saksi telah mengancam beberapa orang dengan sebilah pisau, pada petang Selasa.
Agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis bahawa orang ramai menghubungi nombor kecemasan untuk melaporkan perbuatan remaja itu yang mengejar orang ramai di jalan sambil menghunus pisau.
Remaja itu yang dibawa ke hospital dengan kesan tembakan, menerima rawatan perubatan intensif, namun kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa.
Menurut kenyataan polis dan pejabat peguam negara pada pagi Rabu, siasatan prosedur terhadap penggunaan senjata api oleh anggota polis dilancarkan, dengan siasatan dijalankan oleh polis dari bandar raya Bonn, berdekatan bagi menjamin ketelusan.
Ujian darah juga dijalankan berikutan terdapat tanda-tanda remaja itu mengambil dadah atau alkohol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja ditembak
#hunus pisau
#polis jerman
#Cologne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan