DUNIA
Polis Delhi tingkatkan kawalan keselamatan susulan letupan
Anggota polis Delhi bersama pasukan separa tentera ditempatkan dalam jumlah besar di semua pintu masuk dan keluar Delhi. - Gambar/ Reuters
NEW DELHI: Polis Delhi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi manakala pemeriksaan kenderaan secara besar-besaran dijalankan di seluruh ibu negara susulan letupan kuat berhampiran stesen metro Kubu Merah yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan ramai yang lain, menurut pegawai pada Rabu.
Anggota polis Delhi bersama pasukan separa tentera ditempatkan dalam jumlah besar di semua pintu masuk dan keluar Delhi, lapor Press Trust of India (PTI).
Kenderaan yang keluar masuk bandar diperiksa dengan teliti sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang diperketatkan, menurut laporan itu.
Pegawai kanan polis secara peribadi turut menyelia pemeriksaan keselamatan di sempadan antara negeri termasuk di Ghazipur, Singhu, Tikri dan Badarpur.
Sementara itu, polis pada Rabu menahan seorang kakitangan akademik dari Mewat di Haryana berhubung kegiatan sel pengganas kolar putih yang beroperasi dari sebuah universiti di Faridabad, menurut pegawai.
Polis turut menemukan lebih 2,500 kilogram ammonium nitrat, kalium klorat dan sulfur di rumah sewanya dalam kompleks Universiti Al Falah di Faridabad.
-- BERNAMA