awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis di Gujarat India tahan 25,000 orang sebelum pilihan raya

Bernama
Bernama
17/11/2022
21:24 MYT
Polis di Gujarat India tahan 25,000 orang sebelum pilihan raya
Sekurang-kurangnya 12,965 orang ditahan polis di daerah Surat, 12,315 di Ahmedabad dan 1,600 di Vadodara. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Polis di negeri Gujarat India menahan lebih 25,000 orang sebelum pilihan raya kerana bimbang mereka berpotensi melakukan jenayah.
"Penahanan pencegahan" dibuat atas arahan suruhanjaya pilihan raya negeri bagi menanam "rasa selamat dalam kalangan pengundi selain memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di Gujarat," lapor akhbar Times of India.
Sekurang-kurangnya 12,965 orang ditahan di daerah Surat, 12,315 di Ahmedabad dan 1,600 di Vadodara, lapornya.
Gujarat, negeri asal Perdana Menteri Narendra Modi, diperintah oleh Parti Bharatiya Janata (BJP) sejak 1998.
Pengundian untuk memilih 182 ahli dewan akan diadakan dalam dua fasa, pada 1 dan 5 Disember dan pengiraan undi pada 8 Disember.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#India
#jenayah
#pilihan raya Gujarat
#penahanan pencegahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan