Polis edar gambar suspek serangan van di Barcelona

Astro Awani
Ogos 18, 2017 00:37 MYT
Sebuah jalan ditutup susulan insiden van merempuh pejalan kaki Las Ramblas di tengah Barcelona, 17 Ogos 2017. -REUTERS
Polis Barcelona mengeluarkan gambar seorang lelaki yang didakwa ada kaitan dengan serangan van pada Khamis di sini.
Driss Oubakir, berusia lingkungan 20-an dikenal pasti menerusi dokumen yang digunakannya untuk menyewa van tersebut.
Namun menurut media tempatan, Driss yang lahir di Maghribi, tiada kaitan dengan serangan tersebut.
Dokumennya dicuri dan disalah gunakan untuk tujuan serangan.
Militan Daish, menerusi agensi berita Amaq, mengaku mendalangi serangan di Las Ramblas.
Las Ramblas merupakan salah sebuah pusat tumpuan pelancong dan antara yang paling popular di Eropah.
#barcelona #Driss Oubakir #Las Ramblas #serangan #serangan militan #van putih