[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
INTERNATIONAL

Polis Hawaii buru pencuri, larikan buahan-buahan bernilai lebih RM4,000

Agensi 17/02/2020 | 13:32 MYT
Antara buah-buahan yang turut dilarikan adalah buah durian. - Gambar hiasan/BERNAMA
Polis Hawaii sedang memburu pencuri yang melarikan pelbagai jenis buah-buahan bernilai kira-kira AS$1,000 (lebih RM4,000).
Antara buah-buahan yang turut dilarikan adalah buah durian, lapor AP.
Kenyataan dari Jabatan Polis Hawaii menyebut, dua lelaki memasuki sebuah premis di Hilo, Hawaii dan membawa keluar 18 biji buah durian dan beberapa jenis buah-buahan lain pada 1 Februari lalu.
Pihak berkuasa mengeluarkan imej dari kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman dua suspek itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar tampil ke hadapan.
Laporan media antarabangsa bagaimanapun tidak menyebut buah-buahan lain yang turut dicuri.
Sehingga kini belum ada sebarang maklumat diterima pihak berkuasa.
#durian #Hawaii #HILO #pencuri #polis #suspek