awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Hong Kong bertempur dengan penunjuk perasaan, 26 ditahan

Agensi
Agensi
18/10/2014
00:21 MYT
Polis Hong Kong bertempur dengan penunjuk perasaan, 26 ditahan
Seorang penunjuk perasaan pro-demokrasi Hong Kong ditahan anggota polis dalam pertempuran terbaru. - Foto AFP / Anthony Wallace
Kumpulan penunjuk perasaan pro-demokrasi Hong Kong, bertempur dengan pasukan polis pada Sabtu dalam usaha menguasai semula tapak tunjuk perasaan di tengah-tengah bandar yang baru sahaja ditinggalkan pada Jumaat.
Susulan itu beberapa anggota kumpulan terbabit ditahan pihak polis sekaligus dilihat bakal mengganggu rundingan pihak kerajaan dengan penunjuk perasaan untuk mencari penyelesaian politik kepada bantahan itu.
Dalam pertempuran terbaru ini, kumpulan penunjuk perasaan terpaksa menggunakan payung untuk menghalang semburan pemedih mata dan pukulan belantan dari pihak polis yang cuba menyuraikan mereka di kawasan Mongkok di tengah-tengah kawasan bandar yang sibuk.
Pasukan polis kemudiannya mengurangkan tekanan dan mula berundur bagi mengelak keadaan menjadi lebih tegang.
Polis Hong Kong dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah menahan 26 penunjuk perasaan. Dianggarkan lebih 9,000 berkumpul sekitar jam 3 pagi waktu tempatan. Turut cedera 15 anggota polis.
Ini adalah malam ketiga berturut-turut ketegangan tercetus selepas keadaan kembali tenang pada hari-hari sebelumnya.
Pusat kewangan Asia itu telah dicemari tunjuk perasaan sejak awal Oktober yang dihadiri oleh ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi yang menuntut peletakan jawatan Ketua Eksekutif Hong Kong yang dilantik Beijing, Leung Chun-ying.
Beijing sehingga kini tetap berkeras sebarang calon yang akan menggantikan Leung seharusnya mendapat kelulusan jawatankuasa pilihan raya 2017 yang dipantau pihak kerajaan di Tanah Besar.
Cadangan itu bagaimanapun ditolak oleh penunjuk perasaan yang menggelarnya sebagai “demokrasi palsu”.
Ketegangan antara kedua belah pihak semakin memuncak apabila satu petikan video tersebar yang memaparkan anggota polis sedang memukul penunjuk perasaan yang tangannya bergari pada Rabu.
Tujuh anggota polis telah digantung susulan dari pendedahan itu.
Topic Berkaitan
#demokrasi
#Hong Kong
#Mongkok
#Penunjuk perasaan
#pertempuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan