DUNIA
Polis Indonesia bongkar sindiket video seks babitkan kanak-kanak
Hasil siasatan menunjukan video itu dirakam di antara bulan November dan Disember tahun lalu. -Gambar hiasan
Lembaga Anti-eksploitasi Seksual Komersial Anak Indonesia (ECPAT) pada Sabtu mendedahkan modus operandi baharu sindiket membabitkan pengedaran video seksual antara kanak-kanak dengan orang dewasa.
Terkini, ECPAT menemukan rakaman pornografi yang melibatkan kanak-kanak lelaki dan wanita dewasa.
Pihak berkuasa Indonesia turut menyiasat dua hotel di Jawa Barat, Bandung yang dipercayai lokasi berlakunya rakaman video berkenaan.
Hasil siasatan menunjukkan video itu dirakam di antara bulan November dan Disember tahun lalu.