DUNIA
Polis Indonesia mohon Interpol keluar notis merah terhadap Riza Chalid
Polis Indonesia memohon Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid (foto) atas kes rasuah pengurusan minyak mentah dan pengubahan wang haram. -Gambar fail/Sinar Harian
JAKARTA: Polis Indonesia (Polri) memohon Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) di Lyon, Perancis, mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid, susulan kes rasuah pengurusan minyak mentah, lapor Agensi Berita ANTARA.
Ringkasan AI
Setiausaha Biro Pusat Nasional (NCB) Interpol Indonesia, Brigedier Jeneral Untung Widyatmoko pada Selasa berkata Pejabat Peguam Negara (AGO) telah melengkapkan semua syarat permohonan itu minggu lalu.
"Kami segera menyerahkan permohonan notis merah Interpol (IRN) terhadap individu yang dimaksudkan (Riza Chalid)," katanya sambil menambah bahawa Interpol akan mengeluarkan notis itu selepas menjalankan penilaian.
AGO telah menamakan Chalid, pemilik PT Orbit Terminal Merak sebagai suspek dalam kes rasuah berkaitan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan di syarikat tenaga milik negara Pertamina serta Kontraktor Kontrak Kerjasama (KKKS) antara 2018 hingga 2023.
Dia juga berdepan pertuduhan dalam kes pengubahan wang haram.
Chalid dimasukkan dalam senarai orang paling dikehendaki AGO sejak 19 Ogos lalu. Menteri Imigresen dan Pemasyarakatan, Agus Andrianto turut mengumumkan pasportnya telah dibatalkan.
Menurut Agus, Chalid dikesan berada di Malaysia selepas meninggalkan Indonesia pada Februari lalu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Polis Indonesia memohon Interpol mengeluarkan notis merah terhadap Mohammad Riza Chalid atas kes rasuah pengurusan minyak mentah dan pengubahan wang haram.
- Chalid, pemilik PT Orbit Terminal Merak, telah dinamakan suspek oleh Pejabat Peguam Negara dan pasportnya dibatalkan selepas dikesan berada di Malaysia.
- Permohonan notis merah telah lengkap dan diserahkan kepada Interpol, yang akan menilai sebelum mengeluarkan notis rasmi.