[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Polis Ireland rampas dadah bernilai RM2.5 juta

Astro Awani 11/09/2023 | 00:30 MYT
Dadah berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Polis Ireland untuk tujuan analisa. - Foto Twitter/Garda Info
DUBLIN: Polis di Ireland berjaya mematahkan sindiket pengedaran dadah selepas merampas dadah bernilai 500,000 euro (RM2.5 juta) di Dublin pada Ahad.
Dadah jenis kanabis itu dirampas ketika serbuan dilakukan di sebuah premis di bahagian utara ibu negara berkenaan.
Polis turut menahan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an dan seorang wanita berusia dalam 30-an.
Dadah berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Polis Ireland untuk tujuan analisa.
#Dadah #kanabis #sindiket pengedaran dadah #Unit Forensik