[INFO BANJIR] Dapatkan info terkini cuaca dan banjir seluruh negara
DUNIA

Polis Jerman serbu beberapa premis ekoran ancaman terhadap sekolah, stesen kereta api

Bernama 25/11/2025 | 14:26 MYT
Polis Jerman segera bertindak terhadap ratusan e-mel berunsur ancaman bom palsu di seluruh negara. - Gambar fail
BERLIN: Polis Jerman menggeledah beberapa premis di beberapa negeri untuk menyiasat ratusan e-mel yang mengancam serangan bom terhadap sekolah, stesen kereta api dan tempat awam lain, menurut Pejabat Polis Jenayah Persekutuan pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Serbuan di negeri North Rhine-Westphalia, Lower Saxony, Saxony-Anhalt dan Hesse itu menyasarkan empat individu, termasuk dua remaja, menurut polis dan pendakwa raya.

Kumpulan itu dituduh "bertanggungjawab terhadap ratusan e-mel berunsur ancaman bom palsu di seluruh negara terhadap sekolah, stesen kereta api utama, pusat beli-belah dan kemudahan awam lain."

Dalam ratusan kes, e-mel ancaman itu mencetuskan operasi keselamatan oleh polis.

Menurut pendakwa raya, e-mel itu menyasarkan untuk "menggugat ketenteraman awam dengan mengancam untuk melakukan kesalahan jenayah... mencetuskan sebanyak mungkin operasi polis dan mewujudkan ketidaktentuan serius dalam kalangan penduduk."

-- BERNAMA


#polis jerman #e-mel ancaman #serangan bom #sekolah #stesen kereta api