Polis London tahan 90 penunjuk perasaan

Bernama
September 2, 2020 03:19 MYT
Anggota polis berkawal berdekatan aktivis alam sekitar yang berbaring di atas jalan ketika mengadakan tunjuk perasaan di Dataran Parlimen, London, 1 Sept, 2020. REUTERS
Polis London berkata pihaknya menahan 90 orang kerana melanggar peraturan ketenteraman awam semasa mengadakan tunjuk perasaan dikenali Extinction Rebellion (XR).
"Sehingga jam 1800, seramai 90 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan termasuk melanggar peraturan Ketenteraman Awam, menghalang jalan raya, menghalang polis dan menyerang pekerja kecemasan," kata polis di Twitter.
Menurut Sputnik, kumpulan aktivis alam sekitar mencetuskan gangguan di seluruh United Kingdom (UK) sejak dua minggu lalu, turut menyaksikan ratusan orang berkumpul di hadapan Parlimen UK di tengah London pada Selasa.
Tunjuk perasaan itu bertujuan untuk menekan anggota parlimen serta pemerintah supaya mengambil tindakan segera terhadap isu perubahan iklim.
-- BERNAMA
#aktivis #alam sekitar #Extinction Rebellion #gangguan #ketenteraman awam #London #Parlimen UK #Peraturan #perubahan iklim #polis #serang #Tahan #tunjuk perasaan #United Kingdom #XR