awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam

Bernama
Bernama
28/06/2024
14:09 MYT
Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam
Fathimath Shamnaz Ali Saleem ditahan kerana didakwa mengamalkan ilmu hitam terhadap Presiden Mohamed Muizzu. -
NEW DELHI: Seorang timbalan menteri di Kementerian Perubahan Iklim, Alam Sekitar dan Tenaga Maldives telah ditahan oleh pihak polis.
Tidak jelas apakah punca Fathimath Shamnaz Ali Saleem ditahan, tetapi laporan dalam talian pada Jumaat mendakwa beliau dikatakan terlibat dengan amalan ilmu hitam.
Shamnaz dan dua individu lain ditahan pada Ahad di ibu negara Male dan direman selama tujuh hari.
Beliau telah digantung daripada jawatannya bersama bekas suaminya, Adam Rameez, yang merupakan seorang menteri di Pejabat Presiden Mohamed Muizzu, menurut laporan di laman sesawang The Edition.
Kedua-duanya digantung tugas kerana siasatan yang sedang berjalan, menurut laporan itu yang memetik Jurucakap Presiden Heena Waleed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fathimath Shamnaz Ali Saleem
#ilmu hitam
#Maldives
#polis
#Timbalan Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan