Polis Metropolitan Britain menahan empat lelaki masing-masing di Sheffield dan Chesterfield, dipercayai merancang mahu melancarkan serangan keganasan.

Mereka ditahan pasukan khas anti-keganasan, selepas risikan dan siasatan.

Dalam serbuan itu, polis terpaksa mengepung kediaman suspek, mengerah pasukan pemusnah bom, dan memindahkan penduduk setempat, sebelum lokasi berkenaan diisytiharkan selamat.

Kesemua suspek, berusia antara 22 ke 41 tahun kini ditahan di balai polis dan disoal siasat.

Tiada sebarang pendakwaan dibuat, dan butiran identiti suspek juga tidak didedahkan.

Pihak berkuasa Britain mengkategorikan tahap ancaman pengganas di negara itu sebagai di tahap 'serius' dan serangan boleh berlaku bila-bila masa.

Tahun ini sahaja, Britain berdepan lima serangan pengganas masing-masing di London dan Manchester.

Setiausaha Dalam Negeri Amber Rudd mengesahkan pihak berkuasa menggagalkan lima plot serangan pengganas sejak Mac lalu.