Polis NSW sahkan insiden tembakan di Pantai Bondi, pengunjung diminta berlindung

Rakaman video itu menunjukkan sebanyak 12 das tembakan kedengaran diiringi jeritan panik orang ramai. -Foto tular X @JeffBower4416
SYDNEY: Polis New South Wales (NSW) mengesahkan menerima laporan berhubung insiden tembakan di kawasan Pantai Bondi, di sini, pada petang Ahad.
Ringkasan AI
- Polis New South Wales (NSW) menerima laporan insiden tembakan di Pantai Bondi pada Ahad petang, menggesa orang awam berlindung serta menjauhi kawasan berkenaan.
- Rakaman video menunjukkan dua lelaki melepaskan tembakan di kawasan pantai, diiringi jeritan panik orang ramai dan belum ada pengesahan mengenai jumlah mangsa atau suspek.
- Insiden berlaku sempena sambutan malam pertama perayaan Hanukkah di destinasi pelancongan popular di Sydney, Pantai Bondi, dengan pihak berkuasa masih menyiasat motif kejadian dan meminta bantuan orang ramai dalam siasatan.
Rakaman tular yang diperoleh Guardian Australia menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam melintasi sebuah jambatan di kawasan pantai sambil melepaskan tembakan.
Dalam video itu, sebanyak 12 das tembakan kedengaran diiringi jeritan panik orang ramai. Setakat ini, belum ada pengesahan rasmi mengenai jumlah mangsa atau keadaan suspek.
Pasukan kecemasan dilaporkan telah tiba di lokasi dan operasi menyelamat sedang dijalankan.
Pantai Bondi, destinasi pelancongan popular di Sydney, biasanya dipenuhi pengunjung pada hujung minggu.
Insiden ini berlaku ketika ramai pengunjung berada di kawasan tersebut, termasuk sempena sambutan malam pertama perayaan Hanukkah.
Pihak berkuasa masih belum mengesahkan motif kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman video untuk tampil membantu siasatan.
Orang awam dinasihatkan terus mematuhi arahan keselamatan dan menjauhi kawasan Pantai Bondi sehingga situasi disahkan selamat.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang berlaku di Pantai Bondi, New South Wales? A: Terdapat insiden tembakan yang dilaporkan berlaku di Pantai Bondi, Sydney.
- Q: Bagaimanakah respon polis terhadap kejadian tembakan tersebut di Pantai Bondi? A: Polis NSW menggesa orang awam berlindung serta menjauhi kawasan berkenaan dan telah menerima laporan serta dikerahkan pasukan keselamatan ke lokasi kejadian.
- Q: Apakah yang dapat dilihat dalam rakaman tular yang diperoleh Guardian Australia berhubung insiden tembakan di Pantai Bondi? A: Rakaman tular menunjukkan dua lelaki berpakaian hitam melintasi jambatan sambil melepaskan tembakan; sebanyak 12 das tembakan kedengaran diiringi jeritan panik orang ramai.
- Q: Adakah terdapat pengesahan rasmi mengenai jumlah mangsa atau keadaan suspek dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi? A: Sehingga kini, belum ada pengesahan rasmi mengenai jumlah mangsa atau keadaan suspek yang terlibat dalam insiden tembakan tersebut.
- Q: Apa tindakan yang diambil oleh pasukan kecemasan setelah kejadian tembakan di Pantai Bondi? A: Pasukan kecemasan dilaporkan telah tiba di lokasi dan sedang menjalankan operasi menyelamat bagi menangani keadaan pasca-insiden tembakan di Pantai Bondi.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

