awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram

Bernama
Bernama
02/10/2023
17:26 MYT
Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Pakistan pernah menjadi destinasi utama bagi warga asing yang datang untuk pemindahan organ sehingga amalan itu menjadi satu kesalahan pada 2010 dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. - Gambar Sinar Harian
ISLAMABAD: Pihak berkuasa Pakistan telah menumpaskan sindiket yang terlibat dalam pemindahan dan perdagangan haram buah pinggang manusia di tengah-tengah peningkatan dalam pelancongan pemindahan organ di negara itu, lapor Agensi Berita dpa.
"Ketua kumpulan itu, seorang doktor, telah mengaku melakukan sekurang-kurangnya 328 pemindahan buah pinggang haram," kata Ketua Menteri Punjab Mohsin Naqvi kepada media Ahad malam.
Naqvi berkata mereka yang terlibat dalam pemindahan buah pinggang menawarkan wang kepada orang ramai dan ada kalanya tanpa memberitahu mangsa selepas menipu mereka dengan menawarkan rawatan percuma untuk penyakit lain.
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.
Bulan lalu, polis di bandar timur Lahore menumpaskan satu lagi sindiket pemindahan buah pinggang dan menyelamatkan dua warga asing yang menjalani prosedur pemindahan di sebuah rumah ladang swasta.
"Perdagangan haram organ sekali lagi berkembang pesat di negara ini," kata seorang pegawai dari Pihak Berkuasa Pemindahan Organ Manusia Punjab (PHOTA) kepada dpa pada Isnin.
Pakistan pernah menjadi destinasi utama bagi warga asing yang datang untuk pemindahan organ sehingga amalan itu menjadi satu kesalahan pada 2010 dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#pesakit tempatan
#warga asing
#hukuman penjara
#pemindahan buah pinggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan