DUNIA
Polis Perancis tahan seorang lagi suspek kes rompakan barang kemas Louvre
Muzium Louvre ditutup akibat masalah struktur, beberapa minggu selepas kejadian rompakan yang mendedahkan kelemahan keselamatan, Paris, Perancis, 17 Nov 2025. REUTERS
PARIS: Polis Perancis menahan suspek keempat yang mempunyai kaitan langsung dengan rompakan barang kemas diraja pada 19 Oktober di Louvre, lapor akhbar Le Parisien dan Le Figaro pada Selasa, memetik sumber polis, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Polis turut menahan beberapa lagi suspek rakan subahat, namun barang kemas yang dicuri masih belum ditemukan.
Lelaki yang baru ditahan itu dilaporkan dikenali polis dan mempunyai hubungan dengan tiga suspek utama terdahulu, menurut Le Parisien.
Rompakan berani itu menggunakan sebuah lori dengan lif yang diletakkan di luar muzium terkenal itu dan menyebabkan tahap keselamatan muzium disemak semula.
Dua lelaki naik ke balkoni tingkat satu menggunakan lif, memecah masuk melalui tingkap dan melarikan barang kemas manakala dua lagi menunggu dengan skuter di jalan di bawah.
Penjenayah mengugut kakitangan dan memecahkan dua kotak pameran semasa berada di bilik pameran, dengan keseluruhan kejadian berlangsung kurang daripada empat minit.
Lapan barangan yang dicuri termasuk diadem, rantai, subang dan kerongsang yang pernah dipakai ratu dan maharani Perancis.
Ketika melarikan diri, perompak menjatuhkan satu mahkota bertatah zamrud dan ratusan berlian yang pernah digunakan oleh Maharani Eugenie. Ia ditemui dalam keadaan rosak berhampiran muzium.
Sekalipun muzium menganggarkan rompakan itu bernilai EUR88 juta (US$102 juta) namun nilai barang kemas itu dijangka jauh lebih rendah jika ia dipecah-pecahkan.
-- BERNAMA