awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Peru jumpa mumia disembunyi dalam 'cooler bag'

Bernama
Bernama
02/03/2023
04:50 MYT
Polis Peru jumpa mumia disembunyi dalam 'cooler bag'
Mumia itu dikenal pasti sebagai lelaki dewasa berumur lebih 45 tahun dan tinggi 1.51 meter. -Foto REUTERS
ANKARA: Polis Peru menahan seorang penghantar barang selepas menjumpai mumia yang dipercayai berusia 600 hingga 800 tahun disembunyikan di dalam cooler bag miliknya.
Menurut media tempatan, lelaki itu yang dikenali sebagai Julio Cesar Bermejo, 26, ditahan di sebuah taman di sebuah bandar di selatan Puno, lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap polis wilayah Puno Marco Antonio Ortega.
Menurut Bermejo mumia itu yang diberikan nama "Juanita" dianggap umpama teman wanitanya dan telah disimpan oleh keluarganya selama hampir 30 tahun.
"Di rumah, dia ada dalam bilik saya. Dia tidur dengan saya. Saya jaga dia," katanya.
Mumia itu dikenal pasti sebagai lelaki dewasa berumur lebih 45 tahun dan tinggi 1.51 meter (kira-kira 5 kaki), menurut Kementerian Kebudayaan Peru.
Peru mempunyai ratusan tapak arkeologi pelbagai tamadun yang berkembang sebelum dan selepas Empayar Inca.
Pada 2021, ahli arkeologi menemukan satu lagi mumia yang dianggarkan berusia 800 hingga 1,200 tahun, di wilayah berhampiran Lima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mumia
#polis Peru
#cooler bag
#Julio Cesar Bermejo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan