awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Seoul tahan 192 individu siar ancaman bunuh dalam talian

Bernama
Bernama
21/08/2023
06:20 MYT
Polis Seoul tahan 192 individu siar ancaman bunuh dalam talian
Polis telah menahan 192 suspek yang bertanggungjawab ke atas kiriman-kiriman ancaman jenayah dan secara rasmi memberkas 20 daripada mereka. - Gambar hiasan/REUTERS
SEOUL: Polis Seoul setakat ini menahan 192 individu kerana menyiarkan ancaman jenayah peniru (copycat) dalam talian sejak insiden tikaman maut di Seoul sebulan lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Dalam tempoh sebulan sejak insiden pada 21 Julai, ketika seorang lelaki membunuh seorang individu dan mencederakan tiga yang lain berhampiran Stesen Sillim, sebanyak 431 ancaman pembunuhan dalam talian telah dikesan oleh Pejabat Kebangsaan Penyiasatan.
Polis telah menahan 192 suspek yang bertanggungjawab ke atas kiriman-kiriman itu dan secara rasmi memberkas 20 daripada mereka.
Daripada individu yang ditahan, 90 orang atau 41.7 peratus, adalah kanak-kanak bawah umur, termasuk kanak-kanak di bawah umur 14 tahun yang tidak tertakluk kepada pendakwaan jenayah.
Rabu lalu, seorang pelajar sekolah rendah berusia 11 tahun dirujuk ke bahagian juvana Mahkamah Keluarga Seoul selepas menerbitkan ugutan sehari sebelumnya untuk melakukan tikaman di sebuah konsert di Seoul.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis Seoul
#jenayah peniru
#Korea Selatan
#insiden tikaman maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan