awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Singapura tahan dua lelaki bergaduh kerana Pokemon GO

Agensi
Agensi
18/08/2016
11:53 MYT
Polis Singapura tahan dua lelaki bergaduh kerana Pokemon GO
Mereka menjadi kes pertama yang ditangkap di bandar raya itu, di mana pergaduhan di khalayak ramai jarang berlaku lebih-lebih lagi berkaitan dengan permainan.
Dua lelaki Singapura ditahan selepas terlibat dalam perbalahan yang dicetuskan oleh permainan telefon mudah alih yang sangat popular Pokemon GO, kata polis tempatan pada Selasa.
Pertelingkahan terjadi antara penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki di pintu masuk kawasan beli-belah popular di Singapura, Orchard Road pada Ahad.
Menurut kenyataan polis, pejalan kaki berkenaan sedang bermain permainan Pokemon Go sambil melintas jalan.
Penunggang motosikat itu kemudia membunyikan hon ke arah pejalan kaki sehingga membawa kepada pergaduhan.
Kedua-dua lelaki itu ditahan atas kesalahan bergaduh di khalayak ramai yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda SG$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Mereka menjadi kes pertama yang ditangkap di bandar raya itu, di mana pergaduhan di khalayak ramai jarang berlaku lebih-lebih lagi berkaitan dengan permainan.
Permainan realiti berperantara berasaskan lokasi yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA telah menjadi kegilaan di banyak negara
Dalam sepuluh hari sejak ia dilancarkan di Singapura, polis telah mengeluarkan amaran keselamatan menggesa pejalan kaki untuk lebih peka dengan persekitaran mereka dan berhati-hati ketika melintas jalan.
Topic Berkaitan
#Niantic Inc
#Pokemon
#Pokemon GO
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan