awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki cuba culik anjing Obama

Agensi
Agensi
10/01/2016
00:38 MYT
Polis tahan lelaki cuba culik anjing Obama
Keluarga Obama mula memelihara Bo pada tahun 2009 dan kemudiannya mengambil Sunny pada tahun 2013. - Foto AFP
Polis Amerika Syarikat bertindak menahan seorang lelaki yang didakwa merancang untuk menculik salah seekor daripada dua anjing peliharaan Presiden Barack Obama.
Scott Stockert, yang berasal dari North Dakota merancang untuk mengambil sama ada Bo atau Sunny, iaitu dua anjing milik Obama, lapor BBC pada Sabtu.
Dalam penahanan itu, Polis di Washington DC telah mendapati Stockert memiliki beberapa senjata di dalam kenderaannya termasuk senapang patah, pistol dan parang.
Stockert juga membuat beberapa tuntutan aneh semasa dia ditangkap, termasuk berhasrat untuk bertanding jawatan presiden.
Malah dalam dokumen mahkamah, Stockert menyatakan dirinya sebagai anak kepada bekas Presiden John F Kennedy dan pelakon Marilyn Monroe.
Stockert telah didakwa atas kesalahan melanggar undang-undang senjata Columbia.
Obama dan keluarga mula memelihara Bo pada tahun 2009 dan kemudiannya mengambil Sunny pada tahun 2013.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#anjing
#Barack Obama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan