DUNIA
Polis tembak gas pemedih mata, bertempur dengan penunjuk perasaan pro-Palestin di Rom
Seorang penunjuk perasaan memakai keffiyeh berdiri bersebelahan anggota polis di luar Basilica di Santa Maria Maggiore, semasa demonstrasi nasional menyokong Gaza di Rom. - Foto REUTERS
ROM: Polis Itali melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan pro-Palestin di Rom, selepas sebahagian peserta demonstrasi bertindak agresif dalam perhimpunan yang pada awalnya berlangsung secara aman.
Ringkasan AI
Lebih 250,000 orang dilaporkan berhimpun di sekitar Colosseum dan stesen kereta api Termini, membawa sepanduk dan melaungkan slogan seperti “Bebaskan Palestin” serta “Hentikan Genosid”.
Perhimpunan itu merupakan hari keempat berturut-turut demonstrasi di seluruh Itali, susulan tindakan Israel menyekat flotila bantuan ke Gaza dan menahan aktivis antarabangsa.
Ketegangan memuncak apabila kira-kira 200 peserta bertindak memisahkan diri daripada perarakan utama dan mula melontar objek ke arah pasukan keselamatan berhampiran basilika St. Mary Major.
Menurut saksi Reuters, beberapa kenderaan dibakar, tingkap kedai dipecahkan, dan bom asap serta mercun dilemparkan ke arah polis.
Pihak berkuasa menahan beberapa individu dan merampas bahan letupan buatan yang ditemui di lokasi kejadian.
Tiga orang turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, mengecam insiden tersebut sebagai “tindakan memalukan oleh golongan yang dibutakan oleh ideologi”, sambil menyatakan bahawa kekacauan itu tidak mencerminkan solidariti sebenar terhadap rakyat Gaza.
Demonstrasi ini turut disertai pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, aktivis, dan kesatuan sekerja, yang sebelum ini melancarkan mogok nasional bertemakan “Let’s Block Everything” sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.
Sejak konflik Gaza meletus semula pada Oktober 2023, lebih 67,000 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada orang awam, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Ringkasan AI
- Polis menyuraikan penunjuk perasaan pro-Palestin dengan gas pemedih mata dan meriam air selepas sebahagian peserta bertindak agresif, menyebabkan kekacauan dan kerosakan harta awam.
- Lebih 250,000 orang berhimpun di lokasi ikonik Rom dalam demonstrasi hari keempat, susulan tindakan Israel menyekat flotila bantuan ke Gaza dan menahan aktivis antarabangsa.
- Perdana Menteri Itali mengecam insiden ganas sebagai tidak mencerminkan solidariti sebenar terhadap Gaza, sementara demonstrasi terus disertai pelbagai lapisan masyarakat.