DUNIA

Polis temui mayat di Tasik Piru, tempat Naya Rivera hilang

Agensi 13/07/2020 | 17:03 MYT
Sebuah bot peronda melakukan operasi mencari dan menyelamat di Tasik Piru pada 9 Julai lalu. - AP
Pihak polis di Jabatan Sheriff Daerah Ventura telah menemui mayat di Tasik Piru dekat Daerah Ventura, California, lokasi di mana bintang siri TV "Glee", Naya Rivera dilaporkan hilang pada Rabu lalu.

Menurut jurucakap polis, mayat yang dijumpai itu bagaimanapun masih belum dikenal pasti.

“Kami akan mengadakan sidang media pada jam 2 petang, Isnin (waktu tempatan),” lapor polis menerusi ciapan Twitter 30 minit lalu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Terdahulu, pihak polis menolak kemungkinan kehilangan pelakon yang berusia 33 tahun itu ada kaitan dengan cubaan bunuh diri.

Menurut pihak berkuasa, dakwaan itu disokong oleh kenyataan anak lelakinya yang ditemui berseorangan di atas bot dekat lokasi kejadian.

Rivera, dilaporkan hilang pada Rabu lepas setelah anak lelakinya yang berusia empat tahun, Josey, ditemui sendirian di atas kapal yang disewa oleh pelakon itu di sebuah tasik.

BACA: Polis tolak dakwaan Naya Rivera cuba bunuh diri

BACA: Naya Rivera mungkin diseret ke dalam pusaran air
#bintang Glee #bot #California #hilang #mayat #Naya Rivera #polis