Seminggu selepas merampas 700 kilogram (kg) 'Ice' (Crystal Methaphetamine) di Hatyai dan menahan dua suspek rakyat Malaysia, pihak berkuasa Thailand sekali lagi menggagalkan cubaan untuk menyeludup 651kg dadah itu ke negara jiran.
Pemangku Komander Polis Wilayah 9, Lt Jen Ronnasin Phusara berkata pihak berkuasa merampas dadah tersebut (651kg) yang dianggarkan bernilai kira-kira 520 juta Baht (RM66 juta) di kawasan Bangklum, dekat Hatyai, tiga hari lepas.
"Kebanyakan dadah yang dirampas itu akan diseludup ke Malaysia dan kemudiannya dibawa ke negara lain," katanya kepada media di sini hari ini, sambil menambah bahawa dua lelaki tempatan dipercayai membawa dadah itu berusia 29 dan 37 tahun, ditahan dalam operasi yang dilakukan polis.
Dadah berkenaan, beliau berkata diperoleh dari utara Thailand dan dalam kawalan sebuah sindiket dadah transnasional yang dikenali oleh polis Thai sebagai "Phor Liang Tee".
Pihak berkuasa melalui siasatan dan maklumat risikan menurut Ronnasin, mengenal pasti sekurang-kurangnya 11 individu dipercayai terlibat dengan sindiket dadah 'besar' itu.
Rampasan terbaharu melibatkan 651kg Ice itu dan 700kg Ice pada 28 Mac lepas, menjadikan jumlah dadah jenis tersebut yang dirampas pihak berkuasa Thai di Hatyai sepanjang minggu lepas kepada lebih 1.35 tan, dan dianggarkan bernilai lebih 1 bilion Baht (RM120 juta).
Kedua-dua dadah yang cuba diseludup itu menurut pihak berkuasa Thai, adalah untuk dibawa masuk ke Malaysia.
Pasukan penyiasat polis memberitahu Bernama, mereka masih belum dapat menentukan sama ada kedua-dua kes tersebut ada kaitan atau didalangi sindiket yang sama.
Berikutan penahanan dua rakyat Malaysia bersama-sama 700kg dadah jenis Ice minggu lepas, polis Malaysia menghantar tiga pegawainya ke Bangkok bagi menyoal siasat kedua-dua lelaki terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 02 2018
Dadah berkenaan, beliau berkata diperoleh dari utara Thailand dan dalam kawalan sebuah sindiket dadah transnasional yang dikenali oleh polis Thai sebagai "Phor Liang Tee". -Gambar hiasan/Wikipedia
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.
23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.
ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.
Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.
Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.