SONGKHLA: Polis Thailand telah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terlibat dalam insiden letupan bom di landasan kereta api di Sadao, Songkhla pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Bahagian kesembilan, Mejar Jeneral Piyawat Chalermsi berkata pasukan keselamatan mempergiat memeriksa rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di semua pintu masuk ke tempat kejadian untuk menjejaki kumpulan yang terlibat.
"Polis telah mengenal pasti kumpulan militan yang menjadi dalang kejadian letupan bom di landasan kereta api itu. Kumpulan berkenaan bergiat aktif di Sadao.
"Siasatan mendapati kumpulan itu berada berdekatan di tempat kejadian untuk mengaktifkan bom yang ditanam di bawah landasan," katanya kepada pemberita di sini.
Tambahnya, motif kejadian dipercayai sebagai membalas dendam terhadap kematian anggota kumpulan itu pada Oktober dan Februari lalu.
Pada Sabtu, sebuah kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas di landasan kereta api itu dibom.
Dalam kejadian pada 12.50 tengah hari (waktu tempatan) itu, 11 daripada 15 gerabak kontena rosak dan tergelincir daripada landasan. Siasatan mendapati bom buatan sendiri seberat kira-kira 26 kilogram ditanam di atas landasan.
State Railway of Thailand (SRT) memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pekerja kereta api yang terdiri daripada dua pemandu, seorang juruteknik dan pekerja lain. Insiden itu turut menyebabkan landasan mengalami kerosakan teruk.
Sementara itu, Piyawat berkata skuad pemusnah bom telah memeriksa tempat kejadian untuk memastikan ia bebas daripada sebarang ancaman bom.
Beliau berkata laluan keretapi Hatyai-Padang Besar akan ditutup selama beberapa hari bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
Pasukan keselamatan mempergiat memeriksa rakaman CCTV di semua pintu masuk ke tempat kejadian untuk menjejaki kumpulan yang terlibat. - Facebook / Thai Train Guide
AWANI Tonight: Singapore loses world's best airport crown to Qatar
Doha's Hamad International Airport has been named the world's best airport at the annual Skytrax Awards, beating 12-time winner Singapore Changi to take the top spot.
Serangan ke atas kedutaan adalah satu deklarasi perang - Penganalisis
Sebarang bentuk serangan ke atas mana-mana kedutaan atau konsulat boleh ditafsirkan sebagai satu deklarasi perang.
Sabah raih pelaburan RM11.34 bilion pada tahun lepas - Tun Juhar
Sabah menerima pelaburan berjumlah RM11.34 bilion pada tahun lepas, sekali gus menjadikannya negeri ketujuh meraih pelaburan tertinggi di negara ini.
Banjir Dubai: Pengembara Malaysia turut terkesan
Menurut laporan media Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilanda hujan lebat sejak lewat Isnin hingga Selasa malam, mengatasi rekod sejak data mula dikumpulkan pada 1949.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
8 maut, 20 cedera dalam letupan bom di Syria
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan lebih 20 cedera dalam letupan bom di bandar Azaz, utara Syria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dua maut, tiga cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Kejadian berlaku pada petang Ahad ketika lima anggota sukarelawan pertahanan dalam perjalanan ke Pejabat Pentadbiran Mukim.
28 maut dalam dua letupan menjelang pilihan raya Pakistan
Letupan pertama ragut 16 nyawa di Pishin, manakala letupan kedua di Qila Saifullah pula menyebabkan 12 orang maut.
Tujuh polis cedera dalam insiden letupan bom, berbalas tembakan di Tak Bai
Satu letupan bom berlaku di depan sebuah kedai emas, kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempatan).
Dua penyerang bunuh diri letupkan diri di hadapan bangunan kerajaan
Kumpulan miltan Kurdish mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
11 buruh maut dalam letupan bom di barat laut Pakistan
Sekurang-kurangnya 11 buruh maut, dua cedera manakala tiga lagi hilang dalam letupan bom di daerah Waziristan Utara wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) barat laut Pakistan.
Seorang maut, 7 cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Dalam insiden 9.30 pagi (waktu tempatan) itu, sebutir bom diletupkan di tepi jalan menyasarkan sebuah trak tentera.
Angka korban letupan bom di perhimpunan politik meningkat kepada 42
Angka tersebut meningkat selepas mangsa yang cedera parah dalam insiden itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Letupan bom di perhimpunan parti politik, 10 terbunuh, lebih 50 cedera di Pakistan
Perhimpunan politik yang diadakan di daerah Bajaur di Pakistan dicemari dengan insiden letupan bom yang meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa dan lebih 50 lagi cedera.
Empat anggota keselamatan cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Empat anggota pasukan keselamatan cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.