awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand tahan dua lelaki tempatan seludup pikap dari Malaysia

Bernama
Bernama
15/11/2022
09:45 MYT
Polis Thailand tahan dua lelaki tempatan seludup pikap dari Malaysia
Siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan orang tengah yang diupah untuk menyeludup masuk kenderaan itu ke Thailand. - Gambar hiasan
SONGKHLA: Polis Thailand menahan dua warga tempatan yang menyeludup sebuah kenderaan pikap dengan nombor plat pendaftaran Malaysia di Sadao, Songkhla.
Dalam kejadian pada Ahad, bertindak atas maklumat orang awam, polis menahan dua lelaki masing-masing berusia 22 dan 23 tahun itu yang membawa masuk sebuah pikap di lorong tikus di Sadao.
Ketua Polis Sadao Kol. Pol. Bantheng Laochareng berkata siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu merupakan orang tengah yang diupah untuk menyeludup masuk kenderaan itu ke Thailand.
"Setakat ini pemilik kenderaan itu belum tampil membuat laporan akan kehilangan kenderaan itu.
"Polis Thailand sedang berhubung dengan polis Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kenderaan itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup kenderaan
#Malaysia
#Thailand
#Songkhla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan