awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Thailand tahan lelaki ceroboh Lapangan Terbang Suvarnabhumi

Bernama
Bernama
04/05/2022
15:45 MYT
Polis Thailand tahan lelaki ceroboh Lapangan Terbang Suvarnabhumi
Lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah itu terdahulu menunggang motosikal menuju ke kawasan lapangan terbang. - Gambar/ Twitter @Suvarnabhumi Airport
BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang lelaki kerana menceroboh zon larangan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan cuba menaiki pesawat yang tiada penumpang.
Pengarah lapangan terbang Kittiphong Kittikhajorn berkata kejadian berlaku pada 11.50 pagi Selasa, apabila lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh dadah itu menunggang motosikal dan menuju ke kawasan lapangan terbang.
Beliau berkata pihak keselamatan lapangan terbang telah dimaklumkan dan memantau pergerakan lelaki berusia 34 tahun itu menerusi kamera litar tertutup.
"Lelaki itu cuba menaiki pesawat yang baru menurunkan penumpang.
"Dia bersenjatakan kapak dan ditahan pada 12.03 tengah hari ketika cuba memasuki bangunan penumpang," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Kittipong memberi jaminan kejadian itu tidak menjejaskan perkhidmatan di lapangan terbang.
"Pihak keselamatan telah mengambil semua langkah yang perlu dan mematuhi prosedur operasi standard untuk memastikan keselamatan semua penumpang," katanya.
Lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan kini ditahan di balai polis Suvarnabhumi.
Polis turut merampas sepucuk pistol replika, gunting, sebilah kapak dan pil methamphetamine daripada lelaki itu.
Ketua Polis Suvarnabhumi, Kolonel Jirawat Piempinsreth berkata lelaki itu didakwa dengan lapan pertuduhan termasuk menyebabkan kerosakan harta benda dan membawa senjata di khalayak ramai tanpa sebab munasabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lapangan Terbang Suvarnabhumi
#lelaki ceroboh
#pesawat
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan