awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polisi Israel boleh cetus perang agama besar - Hamas

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2021
23:13 MYT
Polisi Israel boleh cetus perang agama besar - Hamas
Yehiyeh Sinwar (tengah) menziarahi keluarga komander Hamas yang terkorban dalam serangan di Kota Gaza, 22 Mei, 2021. (Gambar fail AP)
PEMIMPIN tertinggi Hamas di Gaza, Yehiyeh Sinwar memberi amaran keganasan berterusan Israel boleh mencetuskan satu perang agama yang besar di rantau itu.
Justeru, beliau menyeru seluruh dunia bertindak untuk menghentikan keganasan Israel di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah dan kota suci Baitulmaqdis.
"Jika seluruh dunia tidak bertindak untuk menghentikan penjajahan di Masjid Al-Aqsa, Sheikh Jarrah dan kota suci pada umumnya, ia akan menjadi alasan untuk mencetuskan perang agama besar di rantau ini dan kekacauan di seluruh dunia, " katanya.
Bercakap di Kota Gaza pada Rabu, Yehiyeh menegaskan, Israel mencetus perang 11 hari dengan pejuang Hamas di sempadan Gaza.
Pertempuran menyaksikan kedua-dua pihak saling berbalas serangan udara.
Ini susulan provokasi dilakukan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa ketika penduduk Palestin sedang menunaikan solat di akhir bulan Ramadan, 7 Mei lalu.
Ia juga dicetuskan daripada insiden pengusiran penduduk di Sheikh Jarrah oleh tentera Israel.
Pertempuran berkenaan mengakibatkan 250 penduduk Palestin maut dan ribuan lagi cedera akibat kezaliman zionis.
Topic Berkaitan
#Gaza
#Israel
#keganasan
#perang agama
#Hamas
#Masjid Al-Aqsa
#Palestin
#Zionis
#Yehiyeh Sinwar
#amaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan