KUALA LUMPUR: Polisi luar negara Iran akan kekal dan tidak berubah terutamanya melibatkan pendirian negara itu yang kekal tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walaupun negara itu bakal dipimpin oleh presiden baharu kelak.
Menurut Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Prof Mohd Roslan Mohd Noor, segala dasar ditentukan oleh pemimpin utamanya, Ayatollah Ali Khamenei.
‘’Polisi luar Iran terhadap Israel ini tidak akan berubah dengan perubahan presiden kerana yang memegang kuasa utama di Iran itu adalah Supreme Leader ataupun pemimpin utamanya iaitu Ali Khomeini.
‘’Selagi mana Ayatollah Ali Khomeini ini sebagai supreme leader, presiden perlu mematuhi segala bentuk polisi-polisi ataupun segala bentuk hubungan yang ingin dilakukan dengan pihak luar atas restu beliau.
‘’Jadi saya melihat bahawa selagi mana Ali Khomeini sebagai supreme leader selagi itulah kita akan melihat bahawa pendirian Iran dlm isu dengan Israel ini akan tetap sama iaitu tidak mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah,’’ katanya.
Selain itu tambahnya, presiden baharu Iran dijangka bakal berdepan cabaran dalam menangani krisis ekonomi di negara Republik Islam itu.
Pada masa sama, antara isu terbesar lain adalah berkenaan dengan hak asasi manusia khususnya melibatkan kaum wanita di negara tersebut.
‘’Cabaran utama yang penting untuk ditangani oleh bakal presiden baharu Iran nanti adalah dari sudut ekonomi kerana inflasi di Iran itu mencecah 40 peratus sewaktu presiden Raisi menjadi calon Presiden Iran pada tahun 2021 lalu.
‘’Antara perkara yang ingin ditangani beliau ialah berkaitan dengan perkara ini tetapi kelihatannya agak tidak berjaya kerana inflasi itu meningkat dan ini menjejaskan sedikit sebanyak dari sudut kekuatan mata wang Iran itu sendiri.
‘’Keduanya, berkaitan hak asasi manusia terutama hak-hak wanitalah ini yang saya kira menjadi isu yang cuba dibawa oleh pembangkang di Iran antaranya isu berkaian dengan kematian Mahsa Amini yang ditangkap pada 2022 dan meninggal dalam tahanan, jadi itu antara cabaran besar dan akan dijadikan isu oleh kelompok-kelompok yang tidak bersetuju dgn polisi Raisi sebelum ini,’’ tambahnya lagi.
Terdahulu, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendaftaran calon akan berlangsung dari 30 Mei hingga 3 Jun dan tempoh kempen pilihan raya ditetapkan dari 12 hingga 27 Jun.
Perkara 131 Perlembagaan Republik Islam Iran mewajibkan pembentukan sebuah majlis untuk menguruskan hal ehwal eksekutif negara untuk tempoh 50 hari dan bersedia untuk pilihan raya presiden.
Pilihan raya diadakan susulan kematian Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang dalam penerbangan pulang dari satu majlis perasmian empangan di sempadan Iran dengan Azerbaijan pada Ahad apabila helikopter dinaikinya terhempas di Varzaqan, barat laut Iran, pada Ahad.
Syafik Shukri Jalil
Tue May 21 2024
Mohd Roslan berpandangan presiden baharu Iran nanti bakal berdepan cabaran dalam menangani krisis ekonomi di negara Republik Islam itu. - Foto UM
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Kemalangan Ebrahim Raisi disebabkan cuaca - Laporan
Siasatan nahas itu telah selesai dan dirumuskan bahawa apa yang berlaku merupakan satu kemalangan.
Tempoh pengundian bagi pilihan raya presiden Iran tamat
Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam.
Hubungan Iran-Malaysia akan terus berkembang maju - Duta
Iran dijangka meneruskan dasar luar dan hubungan dua hala yang sedia ada.
Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama
Ia menjelang Pilihan Raya Presiden 28 Jun ini susulan nahas helikopter bulan lalu yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat mengiringi perjalanan akhir pemimpin kesayangan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Menteri Luar Malaysia tandatangan nota takziah di kedutaan Iran
Menteri Luar mengunjungi Kedutaan Iran untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat Malaysia atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.