awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru

Astro Awani
Astro Awani
29/03/2023
22:20 MYT
Pope Francis dikejar ke hospital akibat jangkitan paru-paru
Pope Francis terpaksa dipapah selepas mengadakan pertemuan bersama orang ramai di St Peter's Square pada Rabu. - Foto AP
VATICAN CITY: Pope Francis telah dikejarkan ke hospital di Rom, Itali akibat jangkitan paru-paru.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Vatican, beliau dilaporkan mengalami sesak nafas sejak kebelakangan ini namun disahkan negatif COVID-19.
Paus yang berusia 86 tahun itu memerlukan "rawatan hospital yang bersesuaian selama beberapa hari", tambah kenyataan itu.
Pope Francis akan ditemani beberapa pegawai tertinggi termasuk pengawal peribadi di Hospital Gemelli, lapor BBC.
Ini merupakan musim paling sibuk Pope Francis tahun ini, dengan pelbagai acara dijadualkan untuk beliau hadiri terutamanya ketika Easter yang bakal diraikan tidak lama lagi.
Upacara keagamaan Palm Sunday dijadualkan pada hujung minggu ini diikuti Holy Week serta perayaan Easter minggu hadapan.
Beliau turut dijangka mengadakan lawatan ke Hungary pada hujung April nanti.
Baru-baru ini, Pope Francis dilaporkan terpaksa menggunakan kerusi roda akibat masalah berkaitan lututnya.
Beliau juga telah menjalani pembedahan bagi merawat masalah kolon pada tahun 2021.
Pada bulan Januari tahun ini, beliau berkata, masalah itu telah berulang.
Topic Berkaitan
#Pope Francis
#Hospital
#jangkitan paru-paru
#Easter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan