DUNIA
Pope Leo gesa keganasan di Gaza dihentikan segera susulan serangan maut ke atas gereja
Pope Leo menggesa agar keganasan di Gaza dihentikan serta-merta, sambil mengecam serangan maut Israel ke atas Gereja Katolik Holy Family sebagai "tidak dapat dijustifikasikan." - Foto fail/REUTERS
ISTANBUL: Pope Leo menggesa pada Jumaat agar keganasan di Gaza dihentikan serta-merta, sambil mengecam serangan maut Israel ke atas Gereja Katolik Holy Family sebagai "tidak dapat dijustifikasikan", lapor Anadolu Ajansi (AA).
Ringkasan AI
Ketika melawat Gereja Katolik Holy Family, satu-satunya kariah Katolik di Gaza bersama Patriark Ortodoks Yunani Theophilos III, Kardinal Pierbattista Pizzaballa berkata, paus secara peribadi telah menghubunginya semasa lawatan itu untuk menyuarakan kebimbangan beliau.
"Pope Leo berulang kali menyatakan bahawa sudah tiba masanya untuk menghentikan pertumpahan darah ini, bahawa apa yang berlaku tidak boleh dijustifikasikan, dan kita mesti memastikan tiada lagi korban," kata Pizzaballa kepada Vatican News.
Paus turut menyampaikan "keprihatinan, doa, sokongan dan keinginan untuk melakukan segala yang mungkin bagi mencapai bukan sahaja gencatan senjata, tetapi juga penamat tragedi ini," katanya.
Lawatan itu dilakukan sehari selepas sebutir peluru kereta kebal Israel mengenai gereja berkenaan, mengorbankan tiga orang dan mencederakan 10 yang lain, termasuk paderi kariah, Father Gabriel Romanelli.
Gereja Holy Family ketika itu sedang menempatkan kira-kira 600 orang awam, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas.
Pizzaballa turut merakamkan penghargaan kepada paus atas "solidariti dan doa yang telah dijanjikannya," sambil menyatakan bahawa seluruh komuniti Katolik di Gaza amat menghargainya.
Beliau berkata, delegasi kesatuan Kristian itu turut menyampaikan ratusan tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan bekalan perubatan, serta membantu memindahkan mangsa cedera untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Pope Leo menyifatkan serangan Israel ke atas Gereja Holy Family yang mengorbankan tiga orang sebagai "tidak dapat dijustifikasikan" dan menggesa gencatan senjata serta penamatan keganasan.
- Paus secara peribadi menghubungi Kardinal Pizzaballa ketika lawatan bersama Patriark Ortodoks, menunjukkan sokongan penuh kepada komuniti Katolik Gaza yang sedang berlindung di gereja.
- Kesatuan Kristian menghantar ratusan tan bantuan ke Gaza dan bantu memindahkan mangsa cedera, termasuk kanak-kanak berkeperluan khas yang berlindung di gereja.