DUNIA
Pope Leo sambut bintang Hollywood di Vatican, seru filem jadi wadah harapan
Pope Leo XIV bertemu dengan pelakon Cate Blanchett semasa sesi pertemuan bersama para seniman dunia perfileman di Sala Clementina, Vatican. - Foto REUTERS
VATICAN CITY: Pope Leo XIV menyambut kehadiran lebih 100 bintang Hollywood termasuk Cate Blanchett, Viggo Mortensen, Monica Bellucci dan Spike Lee dalam satu pertemuan bersejarah di Istana Apostolik, Vatican, sempena acara “World of Cinema” yang bertujuan memperkukuh hubungan antara Gereja Katolik dan dunia perfileman global.
Ringkasan AI
Dalam ucapannya di Dewan Clementine yang dihiasi fresco indah, Pope Leo memuji kuasa seni perfileman sebagai medium yang mampu “menghibur, mendidik dan membangkitkan rasa kagum.”
Beliau menyeru para pembikin filem agar terus menjadi “pengembara imaginasi” yang membawa harapan kepada dunia, sambil tidak mengabaikan “luka-luka dunia” seperti keganasan, kemiskinan, pengasingan, ketagihan dan peperangan yang dilupakan.
“Apabila seni perfileman itu tulen, ia bukan sekadar menghibur, tetapi mencabar,” ujar Pope Leo, yang juga Paus pertama dari Amerika Syarikat.
Beliau menekankan pentingnya filem untuk menyuarakan suara golongan terpinggir dan memperkukuh nilai kemanusiaan sejagat.
Acara ini turut menyaksikan detik istimewa apabila pengarah terkenal Spike Lee menghadiahkan Pope Leo jersi pasukan bola keranjang New York Knicks bernombor 14, merujuk kepada gelaran rasmi beliau sebagai Pope Leo XIV.
Pertemuan ini disambut baik oleh para selebriti, dengan Spike Lee menyifatkannya sebagai “hari yang hebat.”
Ia juga dilihat sebagai usaha Vatican untuk mendekati khalayak global melalui seni dan budaya, khususnya dalam era di mana kehadiran penonton ke pawagam semakin merosot.
Pope Leo turut berkongsi empat filem kegemarannya yang menurut beliau mencerminkan kekuatan seni perfileman dalam menyampaikan mesej kemanusiaan dan harapan.
Acara ini menandakan satu langkah simbolik dalam usaha Gereja Katolik untuk berinteraksi lebih erat dengan dunia seni kontemporari, sambil menggalakkan naratif yang membina dan inklusif dalam industri hiburan.
Ringkasan AI
- Pope Leo XIV menyambut lebih 100 bintang Hollywood termasuk Cate Blanchett, Viggo Mortensen, Monica Bellucci dan Spike Lee di Istana Apostolik, Vatican, sempena acara "World of Cinema" untuk memperkukuh hubungan antara Gereja Katolik dan dunia perfileman global.
- Beliau menekankan pentingnya filem sebagai medium yang mampu menghibur, mendidik, dan membangkitkan rasa kagum, serta menyeru para pembikin filem untuk menjadi "pengembara imaginasi" yang membawa harapan dan kesedaran terhadap isu-isu global.
- Pertemuan ini dianggap sebagai langkah simbolik Vatican dalam mendekati khalayak global melalui seni dan budaya, sekaligus memperkukuh naratif inklusif dan mempromosikan nilai kemanusiaan dalam industri hiburan.