DUNIA
Pope Leo sedih Rusia enggan setuju gencatan senjata menjelang sambutan Krismas
Pope Leo melahirkan rasa sedih dengan pendirian Rusia yang dilihat enggan bersetuju dengan gencatan senjata berhubung konflik dengan Ukraine sempena sambutan Krismas pada 25 Disember. - Gambar Reuters
CASTEL GANDOLFO: Pope Leo melahirkan rasa sedih dengan pendirian Rusia yang dilihat enggan bersetuju dengan gencatan senjata berhubung konflik dengan Ukraine sempena sambutan Krismas pada 25 Disember.
“Ini antara perkara yang amat menyedihkan saya,” kata Ketua Gereja Katolik itu kepada pemberita di kediamannya di Castel Gandolfo, Itali.
Beliau sekali lagi merayu kepada semua pihak agar menghormati sekurang-kurangnya Hari Krismas sebagai hari keamanan.
“Mungkin mereka akan mendengar kita, dan akan ada sekurang-kurangnya 24 jam, satu hari keamanan di seluruh dunia,” ujarnya. - Agensi