DUNIA

Pope Leo XIV seru media galakkan keamanan

Bernama 12/05/2025 | 22:40 MYT
Pope Leo XIV berucap semasa mengadakan pertemuan dengan pengamal media di Rom, pada Isnin. - Gambar Reuters
ATHENS: Pope Leo XIV pada Isnin menyeru pengamal media agar mempromosikan keamanan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam pertemuan bersama pengamal media di Rom, beliau menggesa agar mereka menggalakkan komunikasi yang tidak mengejar konsensus secara membuta tuli, tidak menggunakan kata-kata yang agresif, tidak mengikuti budaya persaingan serta tidak memisahkan pencarian kebenaran daripada kasih sayang yang mesti dicari dengan kerendahan hati.
"Kita mesti menolak perang kata-kata dan imej, kita mesti menolak paradigma peperangan," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan pesat penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai sektor, Pope menegaskan bahawa potensi besar teknologi itu menuntut "tanggungjawab dan kearifan" agar ia digunakan untuk kebaikan sejagat dan membawa manfaat kepada seluruh manusia.
-- BERNAMA
#Pope Leo XIV #pengamal media #promosi keamanan #kecerdasan buatan