DUNIA
Populasi Filipina cecah 112.7 juta
Angka 2024 mencatatkan peningkatan sebanyak 3.69 juta daripada 109.04 juta yang direkodkan pada 2020. - AP
MANILA: Populasi Filipina mencecah 112,729,484 orang setakat 1 Julai 2024, menurut keputusan rasmi Banci Penduduk 2024 (POPCEN) yang diisytiharkan oleh Presiden Ferdinand R. Marcos Jr, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Marcos mengeluarkan Proklamasi 973 yang mengarahkan Pihak Berkuasa Perangkaan Filipina (PSA), dengan kerjasama Pejabat Komunikasi Presiden (PCO), menyebarkan data populasi mengikut wilayah, bandar/majlis perbandaran dan barangay kepada semua agensi serta pejabat kerajaan berkaitan.
Banci itu dilaksanakan oleh PSA dari Julai hingga September 2024, dengan 1 Julai 2024 sebagai tarikh rujukan, menurut proklamasi yang ditandatangani Setiausaha Eksekutif Lucas Bersamin pada 11 Julai.
PSA berkata kiraan populasi merangkumi semua 18 wilayah pentadbiran dan termasuk rakyat Filipina di kedutaan, konsulat serta perwakilan di luar negara.
Angka 2024 mencatatkan peningkatan sebanyak 3.69 juta daripada 109.04 juta yang direkodkan pada 2020.
Kadar pertumbuhan populasi tahunan menurun kepada 0.80 peratus bagi tempoh 2020 hingga 2024 berbanding 1.63 peratus antara 2015 dan 2020.
Menurut PSA, perlambatan pertumbuhan populasi itu mungkin disebabkan kadar kesuburan dan kelahiran yang lebih rendah, kadar kematian yang lebih tinggi semasa pandemik Covid-19, serta pengurangan migrasi.
Pelaksanaan banci pertengahan dekad diwajibkan di bawah Perintah Eksekutif 87.
Julai 2024 sebelum ini diisytiharkan sebagai Bulan Banci Kebangsaan dan Sistem Pemantauan Berasaskan Komuniti melalui Proklamasi 627.
-- BERNAMA