DUNIA
Powell dedah sedang disiasat, enggan akur tekanan politik Trump
Powell berkata, isu ini berkait sama ada Fed boleh terus menetapkan dasar monetari berdasarkan bukti dan keadaan ekonomi, atau sebaliknya tunduk kepada tekanan politik.
WASHINGTON: Pendakwa Persekutuan Amerika Syarikat (AS) membuka siasatan jenayah terhadap projek pengubahsuaian ibu pejabat Rizab Persekutuan (The Fed) bernilai AS$2.5 bilion di Washington DC.
Dalam satu video luar biasa yang dimuat naik oleh Pengerusi Fed, Jerome Powell, pada Ahad malam, beliau menyifatkan, siasatan itu sebagai “alasan rekaan” berpunca daripada pertelagahan berterusan dengan pentadbiran berhubung kadar faedah, sambil mendakwa ia adalah akibat “ancaman dan tekanan berterusan” daripada pihak kerajaan.
“Ancaman pertuduhan jenayah ini berlaku kerana Rizab Persekutuan menetapkan kadar faedah berdasarkan penilaian terbaik kami untuk kepentingan awam, bukannya mengikut kehendak Presiden,” kata Powell dalam kenyataan.
Beliau menegaskan, isu ini berkait sama ada Fed boleh terus menetapkan dasar monetari berdasarkan bukti dan keadaan ekonomi, atau sebaliknya tunduk kepada tekanan politik.
Jurucakap Jabatan Kehakiman, Chad Gilmartin enggan mengulas siasatan tersebut tetapi menegaskan, pihaknya akan “mengutamakan siasatan terhadap sebarang penyalahgunaan dana pembayar cukai”.
Sepanjang tahun lalu, Presiden AS, Donald Trump dan sekutunya berulang kali mengkritik Powell kerana enggan menurunkan kadar faedah mengikut kehendaknya.
Fed menurunkan kadar faedah tiga kali berturut-turut pada separuh kedua tahun lalu, namun pegawai Fed baru-baru ini menyatakan penurunan selanjutnya tidak dijangka dalam masa terdekat.
Kempen tekanan Trump turut merangkumi serangan peribadi terhadap Powell dan usaha berterusan untuk menyingkirkan Gabenor Fed, Lisa Cook, yang dilantik oleh bekas Presiden Joe Biden.
Mahkamah Agung dijadual mendengar hujah bulan ini sama ada Trump boleh memecat Cook.
Kontroversi ini bermula musim panas lalu selepas Powell memberi keterangan kepada Kongres bahawa projek pengubahsuaian adalah hasil kerjasama dengan pelbagai agensi dan kos telah berubah dari semasa ke semasa. - Agensi